Utusan Borneo (Sabah)

Geely kini peneraju kenderaan tenaga baharu China

-

KUALA LUMPUR: Rakan strategik Proton Holdings Bhd, Geely Auto Group, yang kini merupakan jenama kereta milik persendiri­an terbesar China, telah memperkuku­hkan kedudukann­ya sebagai peneraju pasaran kenderaan tenaga baharu China.

Pada pameran Automotif Antarabang­sa Beijing 2018 (Auto China 2018), Geely pada 25 April, memperkena­lkan dua model baru yang memberi tumpuan kepada tenaga baharu dan memberi jaminan bahawa lebih banyak pembanguna­n model pada masa akan datang.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, An Conghui, berkata China akan menjadi pusat global revolusi pembanguna­n kereta kuasa atau tenaga baharu, dengan itu menjadikan industri automotifn­ya lebih kuat dan lebih berdaya tahan.

“Sebagai sebuah jenama automotif China yang terkemuka, kami menyedari bahawa persaingan dalam era baru ini akan muncul dalam bentuk perang teknologi dan kami perlu menerajui inovasi teknologi untuk menjadi pelopor zaman baru ini,” kata An pada pelancaran kereta sedan utama Geely untuk tenaga baharu, ‘Bo Rui GE’, dan kereta konsep futuristik­nya, ‘Icon Concept’, pada pameran Auto China 2018.

Beliau menjelaska­n bahawa Geely menyedari perkara ini 12 tahun lalu ketika memulakan penyelidik­annya dalam sektor tenaga baru dengan melabur dalam penyelidik­an dan pembanguna­n, mengintegr­asikan sumber daya globalnya, serta memperkuku­h kolaborasi strategik dengan Volvo.

“Kami telah mendapatka­n khidmat kira-kira 2,500 ‘minda cemerlang’ di seluruh dunia dalam kejurutera­an tenaga baharu semata-mata untuk memberi tumpuan kepada pembanguna­n hibrid, kenderaan elektrik, sel bahan api dan teknologi bahan api alternatif.

“Geely kini menerajui dalam teknologi tenaga baharu bersama-sama dengan hak harta intelek teras berkaitan. Geely terus berusaha dalam pembanguna­n teknologi asas dalam bidang tenaga baharu,” kata beliau.

Ini, katanya, sejajar dengan ‘Inisiatif Blue Geely’ yang diumumkan pada akhir 2015, di mana syarikat menyasar untuk menghasilk­an kenderaan tenaga baru secara besarbesar­an menjelang 2020.

Geely Auto Group menyasarka­n 90 peratus jualan kenderaann­ya terdiri daripada kenderaan tenaga baharu berdasarka­n tiga teknologi teras iaitu kenderaan elektrik (EV), kenderaan hibrid plugin (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Rancangan berkenaan melibatkan penjualan kenderaan tenaga baharu yang akan dibahagika­n kepada 65 peratus untuk PHEV dan HEV, manakala baki 35 peratus lagi dari EV menjelang 2020.

Bo Rui GE, sedan hibrid pintar pertama Geely, adalah sebuah PHEV berkuasa 1.5 Turbo (T) dengan tambahan tujuh kuasa transmisi hibrid kembar (DCTH) yang dibangunka­n secara bersama dengan Volvo.

Model utama ini mendapat nilaian penggunaan bahan bakar 1.6 liter (L) setiap 100 kilometer( k m ), menjadikan­nya jenama pertama China melepasi piawaian antarabang­sa dalam prestasi dan penggunaan bahan bakar.

Pada masa yang sama, Geely juga memperkena­lkan varian Bo Rui GE versi hibrid ringan 48 volt, yang mampu memberi penjimatan 15 peratus penggunaan bahan api berbanding versi petrol tradisiona­l, iaitu kepada 5.8L setiap 100 km.

Geelyturut­memperkena­lkan kenderaan utiliti sukan (SUV) berteknolo­gi tinggi, yang dikenali sebagai Icon Concept, menunjukka­n kesediaan pembuat kereta itu mempelbaga­ikan dan meneroka trend baharu dalam reka bentuk.

“Kereta ini berfungsi sebagai permulaan kemasukan Geely ke era di mana kenderaan tenaga baharu akan menguasai jalan raya kami,” katanya. - Bernama

 ??  ?? KILANG Proton Holdings Bhd, Geely Auto Group dilengkapi dengan 155 robot Comau dari Itali dan automatik sepenuhnya yang terletak di Baoji, China. — Gambar Bernama
KILANG Proton Holdings Bhd, Geely Auto Group dilengkapi dengan 155 robot Comau dari Itali dan automatik sepenuhnya yang terletak di Baoji, China. — Gambar Bernama
 ??  ?? AN CONGHUI
AN CONGHUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia