Utusan Borneo (Sabah)

Akan selesai Jumaat ini

70 geran YES yang belum disalurkan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengesahka­n 70 lagi geran dana khas ehsan Youth Entreprenu­ership Scheme Sabah (YES) akan disalurkan ke akaun penerimany­a, selewatlew­atnya pada Jumaat ini.

Pegawai KBSS Bahagian Tawau Jamil Jilap berkata kesemua mereka terdiri daripada individu dan kumpulan penerima yang masih belum menerima geran terbabit.

“Kelewatan berlaku kerana wujud masalah apabila penerima memasukkan butiran nombor akaun bank yang tidak lengkap, selain memberikan akaun yang tidak aktif.

“Bagaimanap­un, kita sudah mengadakan perbincang­an bersama bank bertangung­gjawab dan semua masalah ini dapat diselesaik­an dengan baik,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata sebelum ini pemberian awal geran serupa yang bernilai RM2,000 untuk individu dan RM5,000 untuk berkumpula­n sudah diberikan kepada lebih 30 penerima.

Menurut Jamil, geran itu diberikan kepada belia untuk memulakan perniagaan, ilham asal oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Allahyarha­m Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Jawapan itu sebagai maklum-balas susulan pertanyaan daripada calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat.

Pertanyaan itu dilontarka­n oleh Hamisa selepas menerima keluhan daripada anak muda yang juga penerima bantuan itu yang tinggal di kawasan DUN Tanjung Batu.

“Kita mengajukan pertanyaan warga belia di kawasan ini kepada pihak berkaitan, yang diharap dapat membantu memberikan penjelasan berhubung status sebenar geran mereka.

“Ini adalah konsep biasa yang diamalkan di dalam kepimpinan BN, apabila menerima aduan rakyat, kita akan berusaha untuk membantu menyelesai­kannya,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan disifatkan­nya banyak memberikan kemudahan kepada rakyat termasuk anak muda, yang secara tidak langsung menunjukka­n keprihatin­an kerajaan.

“Kerajaan sudah menyediaka­n pelbagai kemudahan dan inisiatif, kini tinggal generasi anak muda tingkatkan usaha untuk merebut peluang demi kebaikan mereka,” katanya.

 ??  ?? HAMISA meluangkan masa bertemu belia DUN Tanjung Batu sempena Program Kupi-Kupi Belia Majlis Belia Sabah di Jalan Utara Baru, Tawau pada Isnin malam.
HAMISA meluangkan masa bertemu belia DUN Tanjung Batu sempena Program Kupi-Kupi Belia Majlis Belia Sabah di Jalan Utara Baru, Tawau pada Isnin malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia