Utusan Borneo (Sabah)

Safran pilih Sendayan kerana bekalan sumber yang banyak

-

SEREMBAN: Negeri yang mempunyai penduduk yang boleh berbahasa Inggeris serta bekalan pekerja mahir yang ramai adalah antara sebab mengapa Safran, pembekal terkemuka bagi brek karbon untuk pesawat komersil memilih Sendayan di sini sebagai pangkalann­ya untuk rantau Asia.

Safran telah mendirikan kilangnya, Safran Landing Systems Malaysia Sdn Bhd, khusus dalam pembekalan cakera karbon untuk brek pesawat komersil pada 2013 untuk menangani keperluan perniagaan syarikat penerbanga­n yang berkembang pesat di rantau ini.

Ia adalah kilang Safran ketiga dengan kemudahan yang sedia ada di Perancis dan Amerika Syarikat.

Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan Bernama di sini, Pengurus Besarnya, Kenny Chang berkata, lokasi juga menjadi faktor utama dalam memilih pangkalan untuk operasinya.

“Sebahagian daripada sebab yang kami perlu berada di Asia adalah kerana kami mahu berada dekat dengan (bersebelah­an) syarikat penerbanga­n kami. Lokasi Sendayan adalah sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

“Hari ini, kami dapat menyerahka­n brek kami dalam masa empat hari, bermakna kami menerima pesanan dan dalam masa empat hari kami menyerahka­nnya kepada pelanggan kami. Ini merupakan pencapaian yang luar biasa bagi kami,” katanya.

Chang berkata, dasar kerajaan yang mesra perniagaan juga merupakan sebahagian daripada sebab mengapa Sendayan menjadi pilihan utama kumpulan itu.

“Kami menerima banyak bantuan daripada agensi kerajaan seperti Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia, cabang pelaburan kerajaan negeri, Pusat Pelaburan Negeri Sembilan, di mana mereka sangat membantu.

“Sejak awal penubuhan perniagaan, kami mendapat kelulusan pihak berkuasa tanpa sebarang masalah kerana mereka terlibat dan membantu kami untuk membina perniagaan kami.

“Secarakese­luruhan,dengan peraturan alam sekitar dan lain-lain, kami berpendapa­t kami mempunyai panduan dan sokongan yang baik daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya

Mengenai pengeluara­n, Chang berkata, kilang itu yang mempunyai 120 pekerja mahir tempatan, telah mencapai kapasiti maksimum sebanyak 300 tan metrik setahun, sambil menambah bahawa kilang itu masih boleh berkembang sebanyak 30 peratus daripada kapasiti semasa.

Pada masa ini, syarikat itu mempunyai kira-kira 130 syarikat penerbanga­n, yang meliputi seluruh rantau Asia seperti India, Indonesia, Taiwan, China dan Jepun, dengan AirAsia sebagai pelanggan terbesar.

Sementara itu, seorang daripada jurutera perintisny­a, Fadli Mohd Amar yang bersama Safran sejak penubuhan kilang itu pada 2013 berkata, ia adalah satu rahmat untuk bekerja dengan syarikat bertaraf dunia.

“Saya adalah jurutera terawal diambil bekerja. Ini juga memberi gambaran kepada masyarakat luar bahawa anak-anak tempatan juga mampu bersaing di peringkat antarabang­sa,” katanya. - Bernama

 ??  ?? PENGURUS besar Safran Landing Systems Malaysia Sdn Bhd, Kenny Chang semasa sesi temubual bersama Bernama, Isnin.
PENGURUS besar Safran Landing Systems Malaysia Sdn Bhd, Kenny Chang semasa sesi temubual bersama Bernama, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia