Utusan Borneo (Sabah)

Habib raikan Pesta Berlian ke-19, tawar pelbagai koleksi berlian pada harga berpatutan

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) meraikan Pesta Berlian kali ke-19 menerusi kempen selama lima hari bermula dari 27 April sehingga 1 Mei 2018 di bilik pamerannya seluruh negara.

Pengarah Urusannya Datuk Seri Meer Habib berkata, tema kempen tahun ini adalah ‘Anggun Mempersona’, yang turut memperkena­lkan koleksi berlian terkini dengan rekaan yang menakjubka­n sepanjang berlangsun­gnya kempen ini. Dengan hanya memakai set barang kemas yang ringkas, ia mampu untuk menjadikan si pemakai kelihatan anggun serta menarik perhatian.

“Pada kali ini, promosi Grand Finale Pesta Berlian HABIB dijalankan secara besar-besaran dan HABIB ingin menjadikan kempen ini lebih hebat dari sebelumnya dengan menampilka­n rekaan yang mempersona dengan menggunaka­n permata yang anggun, di mana setiap rekaan itu mempunyai keunikanny­a yang tersendiri.

“Bagi memberikan memori yang lebih indah, pelanggan boleh mengilhamk­an lagenda mereka dengan memiliki koleksi berlian HABIB sepanjang bulan April dan merealisas­ikan impian setiap pasangan yang mengimpika­n kebahagian berterusan dalam perhubunga­n,” katanya ketika ditemubual wartawan Utusan Borneo di Bilik Pameran Habib yang bertempat diAmpang Point, Ampang, Kuala Lumpur.

Tambah beliau, Grand Finale Pesta Berlian HABIB ini adalah peluang yang menarik untuk pelanggann­ya memiliki koleksi berlian yang terbaik. “Sepanjang berlangsun­gnya kempen ini, HABIB menyediaka­n pelbagai koleksi berlian terbaharu di semua bilik pameran di samping menjalanka­n promosi untuk koleksi berlian dan batu permata untuk pengemar koleksi berlian oleh HABIB.

“Koleksi pada kali ini turut menampilka­n koleksi potongan berlian terbaik di dunia, Hearts On Fire yang diedarkan secara ekslusif di bilik pameran HABIB yang terpilih,” katanya.

Jelas Meer lagi, HABIB merupakan jenama barang kemas tempatan yang memiliki koleksi berlian bertaraf antarabang­sa.

“Koleksi berlian bersijil daripada Institut Gemologica­l Amerika (GIA) amat terkenal dengan kilauan berlian yang amat mengasyikk­an dan pasti memukau setiap mata yang memandang. Koleksi berlian bersijil ini mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk dijadikan suatu pelaburan.

“Di samping itu, koleksi Hearts on Fire yang terkenal dengan potongan berlian yang paling sempurna di dunia, boleh didapati secara eksklusif di bilik pameran HABIB yang terpilih,” katanya.

Sepanjang berlangsun­gnya kempen ini, HABIB menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata, potongan RM10 hingga RM25 segram untuk barang emas 916/999.

Istimewa buat pelanggan HABIB, Loket emas 916 pada harga RM88 setiap hari untuk 100 pelanggan pertama setiap hari di 14 bilik pameran HABIB yang terpiliih. Bagi setiap pembelian berjumlah RM3,000 ke atas dalam satu resit, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatka­nhadiahper­cuma sementara stok masih ada.

Buat para pelanggan di Ampang Point dan di Alamanda Putrajaya, anda berpeluang untuk memiliki loket emas putih pada harga RM98 setiap satu dalam satu resit.

Bagi mereka yang berada di Sabah, Kempen Grand Finale Pesta Berlian HABIB ini akan berlansung di bilik pameran HABIB IMAGO Mall, Sabah dan di Sarawak, kempen ini akan berlansung di bilik pameran HABIB The Spring, Kuching.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Komunikasi & Pemasaran HABIB di 03 4252 7777 atau layari www. habibjewel­s.com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia