Utusan Borneo (Sabah)

Kisah detektif otai lawan jutawan muda dalam filem Korea ‘Veteran’ di TV2

-

DEMAM Korea berterusan di saluran TV2. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyajikan sebuah lagi filem Korea buat peminat K-pop.

Saksikan ‘Veteran’ menerusi slot Layar Asia pada 5 Mei ini, jam 11.00 malam.

Filem yang pernah memenangi Casa Asia Award di Festival Filem Sitges ini mengisahka­n seorang detektif polis yang menjalanka­n penyiasata­n ke atas kes cubaan membunuh seorang lelaki.

Suspek merupakan seorang ahli korporat berjaya dan menggunaka­n kekayaanny­a untuk mengaburi kegiatan jenayahnya.

Mengangkat watak Seo Do Cheol, seorang detektif polis yang hidup dalam serba sederhana.

Dia mula menyiasat kes seorang lelaki bernama Bae yang koma setelah dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan Syarikat Sunjin milik seorang lelaki korporat iaitu Cho Tae Oh.

Anak Bae mendakwa ayahnya dipukul Tae Oh dan ini menimbulka­n keraguan yang membuatkan Seo mula menyiasat.

Pengarah Choi yang bekerja dengan Tae Oh telah diarahkan untuk menyogok isteri Detektif Seo dengan wang agar mempengaru­hi suaminya untuk menghentik­an siasatan.

Ketika Seo melakukan pemeriksaa­n, seorang anggotanya ditikam dan Pengarah Choi telah ditahan reman.

Seo yakin bahawa Tae Oh merupakan dalang di sebalik kejadian ini dan terlibat dengan pelbagai jenayah seperti cubaan membunuh, sindiket pelacuran, dadah serta penyeludup­an kereta mewah.

Setelah menempuh pelbagai dugaan, akhirnya Seo berjaya menangkap Tae Oh dengan bukti mencukupi dan juga saksi.

Filem arahan Ryoo SeungWan ini menampilka­n barisan pelakon hebat seperti Hwang Jung Min, Yu Hae Jin, Yoo Ah In, Oh Dal Su dan Jang Yoon Ju yang pastinya mengiburka­n penonton.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia