Utusan Borneo (Sabah)

Harry Potter: Hogwarts Mystery di App Store & Google Play

-

LOS ANGELES: Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpangkal­an di Los Angeles, baru-baru ini mengumumka­n bahawa permainan mudah alih baharu Harry Potter: Hogwarts Mystery boleh diperolehi untuk dimuat turun sekarang di App Store dan Google Play.

Dibangunka­n oleh

Jam City dengan kerjasama Warner Bros. Entertainm­ent Interactiv­e, Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah permainan mudah alih pertama di mana pemain mencipta watak dan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai seorang pelajar Hogwarts.

Permainan itu akan dilancarka­n di bawah Warner Bros. Interactiv­e Entertainm­ent Portkey Games, sebuah label yang didedikasi­kan untuk mewujudkan pengalaman mudah alih dan permainan video baharu yang menempatka­n pemain di tengah-tengah pengembara­an mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling.

“Ada beberapa detik di mana sebuah syarikat hiburan mudah alih mempunyai peluang untuk benar-benar membawa keajaiban ke dunia dan kami sangat teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima untuk permainan kami daripada peminat Harry Potter di merata tempat,” kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jam City.

“Kami di Jam City telah berusaha keras untuk memastikan bahawa mana-mana ahli sihir yang mempunyai cita-cita tinggi boleh memasuki Hogwarts melalui telefon pintar dan tablet mereka dan memulakan pengembara­an magik mereka.”

Kisah Harry Potter: Hogwarts Mystery ditetapkan pada tahun 1980-an. Di dalam permainan itu, pemain akan melangkah maju sebagai seorang pelajar melalui Hogwarts, dengan menyertai satu daripada empat buah rumahnya.

Pemain akan dapat membuat dan meningkatk­an watak peribadi dengan menggu-nakan satu sistem penye-suaian avatar, belajar pelbagai kemahiran magik, dan menjalin hubungan dengan pelajar lain.

Mereka juga akan dapat menguasai segala-galanya daripada membuat ramuan di bawah pandangan kritikal Snape, kepada Transfigur­asi dengan Profesor McGonagall.

Bersama-sama dengan menyihir yang interaktif, permainan ini mempunyai sebuah sistem pertemuan di mana pilihan naratif memberi kesan kepada bahagian cerita.

“Terlibat di dalam pembuatan permainan mudah alih Harry Potter: Hogwarts Mystery akan memberikan keseronoka­n kepada cucu-cucu saya,” kata Dame Maggie Smith, suara bagi Profesor McGonagall di dalam permainan itu.

Harry Potter: Hogwarts Mystery boleh dimainkan secara percuma dan boleh didapati pada peranti mudah alih melalui App Store dan Google Play.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Harry PotterHogw­arts Mystery. com atau www.facebook. com/HPHogwarts­Mystery/ dan www.twitter.com/ HogwartsMy­stery. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia