Utusan Borneo (Sabah)

JR Wanita Silam ikrar menangkan calon BN

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

TUNGKU: Calon Barisan Nasional (BN) Dun Tungku Mizma Appehdulla­h berkata Jalinan Rakyat (JR) Wanita Silam berikrar dan berjanji untuk memenangka­n semua calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), khasnya di Parlimen Silam.

“Wanita adalah sumber kekuatan Umno yang hebat. Wanita sentiasa buktikan bahawa semangat berkobarko­bar yang ada dalam diri pada waktu ini adalah bukti kukuh bahawa wanita sentiasa bersedia, bersemanga­t dan terus berjuang untuk semua calon BN di Silam.

“Justeru, saya juga berharap agar wanita dapat ikhlaskan diri dengan persiapan yang lebih mantap lagi bagi mempastika­n BN membawa kemenangan mutlak 9 Mei nanti,” katanya ketika berucap dalam mesyuarat bersama JR Wanita Umno Bahagian Silam di Bilik Mesyuarat Pejabat Umno Bahagian Silam, di sini pada Isnin.

Beliau sememangny­a yakin akan peranan Wanita Umno sebagai jentera paling berkesan dalam PRU kerana suara dan kerja keras wanita itu sendiri berjaya membawa beliau ke peringkat kini.

“Saya sangat yakin akan kemampuan wanita kerana wanita adalah tulang belakang jentera parti BN yang setia, berinovasi dan berintegri­ti. Malah, pencalonan ini juga adalah bukti suara dan gerak kerja wanita itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, Mizma sempat melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Tungku, Dam Road dan North Road, Kampung Binuang, Silabukan, Felda Sahabat, Bilik Gerakan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) dan perjumpaan bersama ketua-ketua PDM.

 ??  ?? MIZMA semasa mempengeru­sikan mesyuarat bersama JR Wanita Umno Bahagian Silam.
MIZMA semasa mempengeru­sikan mesyuarat bersama JR Wanita Umno Bahagian Silam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia