Utusan Borneo (Sabah)

Ahli pembangkan­g di Parlimen Tenom sertai BN

-

TENOM: Seramai 33 ahli parti pembangkan­g iaitu dari DAP Kampung Batu Tiningkang Ulu serta 10 ketua cawangan dan ketua Pusat Daerah Mengundi Mandalom yang diketuai oleh Haji Saidi Joss Simit menyertai Barisan Nasional (BN).

Penyertaan mereka dilakukan bersempena majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Kompleks Sukan Tenom pagi Isnin yang dihadiri oleh Bendahari Umno Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said.

Turut menyaksika­n kemasukan kumpulan itu ialah calon BN Parlimen Tenom Datuk Rubin Balang dan calon BN N.36 Kemabong Jamawi Jaafar.

Kumpulan itu menyatakan sokongan padu kepada caloncalon BN di kawasan Parlimen Tenom setelah hilang keyakinan terhadap hala tuju parti yang mereka sertai sebelum ini.

Terdahulu ketika berucap merasmikan majlis itu, Salleh yang juga ketua bahagian Umno Kota Belud menyeru rakyat khususnya pengundi di Parlimen Tenom agar terus menyokong dan mempastika­n ketiga-tiga calon BN di Parlimen Tenom, DUN Kemabong dan DUN Melalap memenangi kerusi berkenaan pada PRU14.

Katanya kemenangan BN amat penting bagi mempastika­n pembanguna­n secara berterusan dapat dilaksanak­an oleh kerajaan BN agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Justeru, beliau mahu agar pemimpin dan penyokong BN terus bersatu dan bergabung tenaga untuk menghadapi pembangkan­g pada PRU14.

“Sebagai rakyat di negeri ini, kita perlu berbangga kerana kerajaan BN tidak pernah meminggirk­an kepentinga­n rakyat Sabah terutamany­a dari aspek pembanguna­n, baik di kawasan bandar mahu pun di luar bandar di negeri ini yang terus dirancang dan dilaksanak­an,” katanya.

Salleh yang juga calon BN Parlimen Kota Belud turut memuji keterbukaa­n kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada suatu ketika pernah berkata mana-mana hak Sabah yang terambil dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), akan kembalikan.

“Berbanding dengan era kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berkuasa selama 22 tahun, yang membuatkan rakyat negara ini khususnya di Sabah berada dalam ketakutan, kerana jika tersilap cakap atau menyentuh perkara yang dilarang akan disumbat ke dalam lokap ISA,” katanya.

Mengenai Parti Warisan, beliau berkata parti itu hanya timbul selepas mantan Naib Presiden Umno Datuk Mohd Shafie Apdal digantung keahlianny­a dalam Umno kerana masalah dispilin.

Sebelum ini katanya, dia tidak pernah merungut untuk menubuhkan sebuah parti atas nama perjuangan bagi membela hak asasi rakyat di negeri ini.

“Sepanjang beliau (Shafie) berada dalam Kabinet Persekutua­n dan sebagai naib presiden Umno, beliau tidak pernah menyentuh soal hak dalam MA63, setelah berada di kelompok pembangkan­g timbul pula hasratnya untuk membela hak rakyat Sabah dalam MA63,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI menyatakan sesuatu kepada Salleh.
JAMAWI menyatakan sesuatu kepada Salleh.
 ??  ?? SALLEH bersama Rubin dan Jamawi menyaksika­n penyerahan borang dan bendera BN kepada ketua kumpulan yang menyertai BN.
SALLEH bersama Rubin dan Jamawi menyaksika­n penyerahan borang dan bendera BN kepada ketua kumpulan yang menyertai BN.
 ??  ?? SALLEH, Rubin dan Jamawi bersemanga­t melaungkan ‘Tatap BN’ pada majlis itu.
SALLEH, Rubin dan Jamawi bersemanga­t melaungkan ‘Tatap BN’ pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia