Utusan Borneo (Sabah)

200 ahli Star sertai BN

Tamparan hebat kepada pembangkan­g di Bahagian Libaran

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

Pembangkan­g hanya tahu menabur fitnah terhadap pemimpin BN dan bercakap bohong. Mereka tidak mampu membawa pembanguna­n kepada rakyat. DATUK HAJI ZAKARIA HAJI MOHD EDRIS Calon BN Parlimen Libaran

SANDAKAN: Pihak pembangkan­g di Libaran menerima satu lagi tamparan apabila hampir 200 ahli parti Star menyertai Barisan Nasional (BN) Bahagian Libaran pada Isnin.

Majlis menerima masuk para ketua dan AJK dari dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bahagian Libaran parti berkenaan telah diadakan di kediaman Roslan Yusof di Peringkat 1 Rancangan Sungai Manila.

Majlis memakaikan baju BN kepada bekas ahli pembangkan­g itu disempurna­kan calon BN Parlimen Libaran Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris yang juga naib ketua bahagian Umno Libaran.

Menurut Roslan, mereka sedar hanya BN yang dapat membela nasib rakyat jelata khususnya di kawasan Libaran.

Katanya, cuma BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Tan Sri Musa Haji Aman di peringkat negeri boleh membawa pembanguna­n dan kemakmuran kepada negara dan rakyat.

Sementara itu, Zakaria mengingatk­an masyarakat di kawasan Libaran supaya tidak mudah terpengaru­h dengan janji kosong pembangkan­g.

“Pembangkan­g hanya tahu menabur fitnah terhadap pemimpin BN dan bercakap bohong. Mereka tidak mampu membawa pembanguna­n kepada rakyat.

“BN mempunyai rekod prestasi yang baik dalam mentadbir negara ini dan juga masa depan, berdasarka­n perancanga­n dan sejarahnya. BN sudah merangka pelan terbaik,” katanya.

Hadir sama, wakil kepada calon BN Parlimen Libaran Mohd Noor Bacho, Pengerusi Kemudi Parlimen Libaran Suhaimi Haji Nasir dan mantan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Gum Gum Kamal M Said.

 ??  ??
 ??  ?? ZAKARIA (kanan) memakaikan baju BN kepada salah seorang bekas AJK Parti Star.
ZAKARIA (kanan) memakaikan baju BN kepada salah seorang bekas AJK Parti Star.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia