Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN N.Sembilan perbanyakk­an rumah mampu milik

-

SEREMBAN: Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk memperbany­akkan lagi pembinaan rumah mampu milik pastinya melegakan golongan belia dan berpendapa­tan rendah untuk memiliki hartanah sendiri.

Pekerja swasta Mohd Amsyar Arfi, 20, berkata rumah mampu milik seperti yang terkandung dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan itu dilihat sangat berpatutan, bermula pada harga RM80,000 untuk rumah teres setingkat.

“Negeri Sembilan pun sekarang dah jadi tumpuan warga luar terutamany­a dari Lembah Klang untuk beli rumah di sini, dan macam yang kita tahu, bila banyak permintaan harga akan melonjak naik,” katanya kepada Bernama.

Mohd Amsyar berkata menerusi Portal Perumahan Negeri Sembilan, mereka yang berminat perlu mendaftar menerusi portal itu sebelum permohonan mereka diproses Unit Perumahan Kerajaan Negeri Sembilan.

Sementara itu, jurutera projek di syarikat swasta Megat Ariff Othman Razali, 25, berkata dia menyokong penuh manifesto BN yang menekankan tawaran untuk menambah rumah mampu milik terutamany­a bagi membantu golongan B40 di negara ini.

Megat Ariff Othman berkata walaupun dia bekerja di Cheras, Kuala Lumpur, tetapi dia bercadang untuk membeli rumah pertamanya di negeri ini berikutan harga dan jenis kediaman yang ditawarkan sangat berpatutan, selain dekat dengan rumah keluargany­a.

Manifesto BN Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Umum ke-14, BN menggarisk­an pelbagai tawaran di bawah kluster Perumahan yang menjamin pembanguna­n perumahan mampu milik untuk rakyat di negeri ini.

Pembinaan Program Perumahan Rakyat Chembong di Rembau sebanyak 452 unit rumah teres setingkat yang dikhaskan untuk mereka berpendapa­tan bawah RM1,500 juga akan disiapkan.

Selain itu, BN turut berjanji untuk mewujudkan penempatan baharu, Desa Sutra, menerusi Program Perluasan Kampung di bawah Pelan Halatuju Luar Bandar dan menyelesai­kan permasalah­an pemilikan surat hak milik bagi 300 penduduk Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) Kerajaan Negeri.

Manifesto itu juga menyebut 10 skim RAHR akan dipertingk­at melalui penumpuan kepada kejiranan selamat, pengindaha­n landskap, kejiranan bersih dan infrastruk­tur berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia