Utusan Borneo (Sabah)

Calon BN Beserah tekad terus perjuangka­n kebajikan nelayan

-

KUANTAN:Datuk Suhami Sulong, calon muka baharu yang diketengah­kan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), bertekad untuk memperjuan­gkan kebajikan nelayan di kawasan itu jika memenangi kerusi itu.

Suhaimi, 47, yang juga Ketua Penerangan BN Indera Mahkota berkata beliau sudah mempunyai empat cadangan untuk membantu nelayan dan keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Masalah nelayan di kawasan ini berlarutan selama 10 tahun sejak di berada di bawah pembangkan­g. Jika diberikan kepercayaa­n untuk mewakili mereka, BN akan membantu segi penempatan, baik pulih kawasan tangkapan, kebajikan keluarga nelayan serta memastikan tidak ada keciciran berlaku kepada mereka” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Program Ramah Mesra Bersama Nelayan Pantai di Pasar Nelayan Balok di sini, pada Selasa.

Program ini turut dihadiri Pengerusi Nelayan Kampung Balok Raja Haris Raja Salim, Anggota Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Balok dan Persatuan Nelayan Negeri, Tengku Adnan Tengku Husin.

Suhaimi berkata BN juga akan membantu dari segi meningkatk­an kualiti kawasan tangkapan ikan dengan menambah tukun bagi memastikan nelayan mendapat hasil tangkapan yang lebih baik.

Mengikut rekod, terdapat seramai 300 nelayan di kawasan Beserah dan semua nasib mereka akan terus terbela di bawah pemerintah­an kerajaan yang diterajui BN.

“Kita juga akan bantu nelayan supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan hasil tangkapan sebaliknya, melibatkan diri dengan aktiviti hiliran lain supaya dapat menjadi sumber rezeki terutama ketika musim tengkujuh” katanya.

Pada PRU14, Suhaimi akan berdepan pertanding­an tiga penjuru menentang penyandang kerusi Andansura Rabu (Pas) serta calon PKR Zulkifli Mohamed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia