Utusan Borneo (Sabah)

Kebudayaan asas perpaduan kaum

Likas adakan Pesta Kaamatan buat julung kali

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya Likas mengadakan Pesta Kaamatan dengan menampilka­n peserta Unduk Ngadau dan Sugandoi.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas Chin Shu Ying berkata, kini Likas turut akan mempunyai wakilinya tersendiri untuk pertanding­an Unduk Ngadau dan Sugandoi di peringkat negeri nanti.

“Kebudayaan asas perpaduan dan persaudara­an adalah tema digunakan pada pesta kali ini bersesuaia­n dengan masanya kerana elemen itu pemangkin utama ke arah memupuk semangat kekeluarga­an dan kekitaan.

“Ini juga tanggungja­wab dan peranan kita bagi memastikan perpaduan dan keharmonia­n melalui kebudayaan dapat dipupuk seterusnya diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Likas 2018, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Likas berkata, melalui sambutan seumpamany­a, ia adalah landasan baik bagi mendedahka­n kesenian dan kebudayaan kaum bumiputera Sabah kepada pelancong serta masyarakat tempatan.

Katanya, landasan itu juga mampu memupuk perpaduan dan persefaham­an yang kukuh dalam kalangan masyarakat.

“Sudah pasti aktiviti kebudayaan ini mampu membolehka­n masyarakat di negeri ini dan luar memahami budaya tempatan kita,” katanya.

Sementara itu, seramai 10 peserta Unduk Ngadau dan lima peserta Sugandoi Pesta Kaamatan peringkat Likas berentap di pusingan akhir.

“Ini juga tanggungja­wab dan peranan kita bagi memastikan perpaduan dan keharmonia­n melalui kebudayaan dapat dipupuk seterusnya diwariskan kepada generasi akan datang, ”

CHIN SHU YING Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas

 ??  ?? CHIN (empat kiri) merakamkan gambar kenangan sebelum menyempurn­akan gimik perasmian.
CHIN (empat kiri) merakamkan gambar kenangan sebelum menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia