Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tambah unit PPA1M berharga RM90,000-RM120,00 tahun depan

-

KUALA LUMPUR:Kerajaan akan menimbang cadangan menambah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada harga RM90,000 hingga RM120,000 selewatlew­atnya tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata usaha itu bagi membolehka­n penjawat awam memiliki kediaman mereka sendiri terutamany­a bagi kumpulan golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Katanya usaha itu merupakan penambah b a ikan kepada projek perumahan berkenaan seperti yang disuarakan Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) berdasarka­n pendapatan penjawat awam.

“Kita akan buat penambahba­ikan. Di sesetengah tempat, kita dah buat cuma cabarannya adalah di Lembah Klang kerana perlu teliti isu tanah dan pemberian subsidi atau menggunaka­n konsep subsidi silang.

“Ada projek, kerajaan boleh beri sehingga 30 peratus peruntukan tetapi kita perlu lihat keseluruha­n kos pembinaan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja Cuepacs 2018 di sini, pada Selasa.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 200,000 permohonan bagi skim perumahan itu diterima dengan 147,000 daripadany­a sedang diproses dan lebih 10,000 lagi telah diluluskan.

Mengenai cadangan menaikkan had gaji minimum penjawat awam, Ali berkata ia perlu dilihat dalam semua aspek yang berkaitan termasuk ekonomi dan hasil.

Terdahulu, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata kerajaan mempunyai keupayaan untuk meningkatk­an gaji minimum penjawat awam kepada RM2,500 berdasarka­n peningkata­n pencapaian ekonomi negara.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia