Utusan Borneo (Sabah)

Yong kekal terajui kepimpinan KKJA

-

KOTA KINABALU: Ketua Pemberita See Hua Daily News Yong Ted Phen terus diberi kepercayaa­n menerajui kepimpinan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) bagi tempoh 2018-2021.

Yong memegang jawatan pengerusi KKJA itu bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatankua­sa pada kali ini.

Barisan jawatankua­sa KKJA menampilka­n beberapa muka baharu dan muka lama bagi menerajui persatuan yang ditubuhkan sejak 26 tahun itu.

Yong berkata, pengalaman ahli lama itu diharap dapat menyuntik semangat kepada ahli baharu supaya dapat bekerjasam­a bagi memastikan KKJA terus relevan dengan keadaan semasa.

“Kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk persatuan ini bagi tempoh tiga tahun akan datang,” katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Tahunan KKJA dan Majlis Penyampaia­n Anugerah Pelajar Cemerlang, di sini pada Selasa.

Jawatankua­sa KKJA baharu adalah Tang Pok Ngai (Timbalan Pengerusi), Kwan Sui Wan dan Nancy Lai (Naib Pengerusi), Ng Sin Yee (Setiausaha), Chuah Kim Huat (Penolong Setiausaha), Yee Kiet Ying @Adriana (Bendahari) dan Lester J Bingkasan (Penolong Setiausaha).

Ketua biro lain termasukla­h Lo Teck Loong, Suraidah Roslan, Tseu Kui Yin @James dan Jamsreneen Jamaron. Ahli jawatankua­sa lain adalah Jimmy Goh, Chok Sim Yee dan Angela Tan.

Dalam majlis itu, KKJA turut menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang kepada 33 anak ahli persatuan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Pemberian anugerah itu diharap dapat memberi motivasi kepada anak-anak ahli KKJA supaya terus memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan juga aktiviti kokurikulu­m. Anugerah itu ditaja oleh Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu.

Yong memaklumka­n jawatankua­sa dan tetamu kehormat yang hadir bahawa KKJA merancang untuk menghasilk­an sebuah buku mengenai kehidupan wartawan.

Pada tahun lalu, KKJA menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama kepada 30 ahli yang berada dalam industri ini untuk tempoh 25 tahun sempena sambutan Jubli Perak KKJA.

“Kami merancang untuk menghasilk­an buku berkisar tentang wartawan veteran ini bagi memperliha­tkan bagaimana dunia kewartawan­an berkembang mengikut peredaran masa.

“Melalui perkataan dan gambar, kita dapat berkongsi kisah kejayaan, kesukaran serta memori yang pahit dan manis yang pernah dilalui para wartawan veteran,” katanya.

 ??  ?? (Gambar atas) TIMBALAN Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Zhang He (tujuh kiri) bersama Yong serta tetamu kehormat yang juga penasihat KKJA yang lain bergambar dengan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang.
(Gambar atas) TIMBALAN Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Zhang He (tujuh kiri) bersama Yong serta tetamu kehormat yang juga penasihat KKJA yang lain bergambar dengan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang.
 ??  ?? PRESIDEN Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu Datuk Michael Lui (kiri) menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang kepada Editor Sukan Utusan Borneo Hassim Othman yang mewakili anaknya, turut kelihatan Yong.
PRESIDEN Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu Datuk Michael Lui (kiri) menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang kepada Editor Sukan Utusan Borneo Hassim Othman yang mewakili anaknya, turut kelihatan Yong.
 ??  ?? PENGURUS Operasi Kawasan Sabah KTS Trading Sdn Bhd Wong Kee Mee (kiri) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang ahli KKJA yang menerima bagi pihak anaknya, turut kelihatan Yong (tengah).
PENGURUS Operasi Kawasan Sabah KTS Trading Sdn Bhd Wong Kee Mee (kiri) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang ahli KKJA yang menerima bagi pihak anaknya, turut kelihatan Yong (tengah).
 ??  ?? (Gambar kiri)
YONG (lima kanan) mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan KKJA.
(Gambar kiri) YONG (lima kanan) mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan KKJA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia