Utusan Borneo (Sabah)

Calon termuda BN Melaka mahu ‘melekat’ di hati rakyat

-

MELAKA: Calon termuda Barisan Nasional (BN) Melaka iaitu Choo Wei Sern, 30, yang bakal bertanding di Parlimen Kota Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini melaksana pendekatan bertemu dengan rakyat secara kerap bagi ‘melekatkan’ dirinya di hati rakyat di kawasan itu.

Choo, seorang peguam yang dibesarkan di Kota Melaka, berkata pendekatan ini penting kerana berdasarka­n pengalaman dan maklum balas rakyat di kawasan itu, wakil rakyat DAP sukar ditemui apatah lagi membela nasib mereka di kawasan Parlimen yang menjadi kubu kuat parti itu.

“Kawasan ini memang nampak kubu kuat DAP sebab sejak tahun 1969 hingga hari ini BN hanya pernah menang sekali. Kali ini bukan tiada peluang untuk menang tetapi rakyat yang saya temui telah beritahu saya bahawa penggal-penggal lepas wakil rakyat kurang berkhidmat.

“Ramai (wakil rakyat) tidak turun padang, malah ramai (rakyat) tak kenal siapa wakil rakyat. Jadi ini pendekatan saya untuk jumpa sebanyak mana rakyat dan boleh mendalami hati serta masalah mereka supaya saya boleh masuk dan melekat di hati,” katanya kepada Bernama.

Pada PRU14, Choo bakal menghadapi saingan tiga penjuru dengan dua seteru politik di negeri ini iaitu Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong dan calon Bebas Goh Leong San.

Goh dan penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him merupakan antara empat wakil rakyat DAP yang keluar parti pada Februari tahun lepas akibat hilang kepercayaa­n kepada kepimpinan parti, dan dilaporkan media Khoo dan Goh sering tidak sependapat dalam DAP Melaka.

Berdasarka­n daftar pemilih diwartakan 10 April tahun ini Parlimen Kota Melaka mempunyai 126,848 pengundi. Pada PRU13, daripada seramai 79,464 pengundi di kawasan itu, 59.08 peratus pengundi kaum Cina, Melayu (35.72 peratus), India (1.64 peratus) dan selebihnya pengundi kaum lain.

Pada PRU11 tahun 2004 calon BN, Wong Nai Chee mengalahka­n bekas Setiausaha Agung DAP ketika itu, Kerk Kim Hock dengan majoriti 219 undi di Parlimen Kota Melaka, atau Parlimen Bandar Melaka sebelum dipinda pada PRU5 tahun 1978, satu-satunya kemenangan BN di kawasan itu.-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia