Utusan Borneo (Sabah)

Jangan takut derma darah

Sakit jarum suntikan sekejap sahaja, mampu selamat banyak nyawa

-

CUBA untuk mengajak masyarakat supaya lebih berani untuk menderma darah, Norfatikah Mohd Rohani, 21, meyakinkan mereka agar tidak takut dengan jarum suntikan.

“Ramai antara kita tidak mampu untuk menderma darah kerana takutkan jarum suntikan, tapi janganlah kita takutkan jarum, sebab sakitnya hanya sekejap sahaja.

“Rasa suntikan itu pula hanya seperti digigit semut, kemudian kita tidak akan rasa apa-apa,” katanya yang mempunyai darah jenis B.

Norfatikah ditemui dalam program Derma Darah anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah, yang berlangsun­g di Oceanus Waterfront Mall pada petang Ahad.

Tambahnya, dia sendiri baru dua kali menderma darah selepas timbul kesedaran untuk melakukann­ya selepas musibah yang berlaku terhadap Allahyarha­m datuknya pada suatu ketika dahulu.

“Datuk ketika itu amat memerlukan darah tambahan tetapi tabung darah di hospital sangat kekurangan, dari situ lah timbul kesedaran betapa perlunya kita menderma.

“Dengan hanya satu pain, kita mampu menyelamat­kan banyak nyawa,” kata Nofatikah.

Sementara itu, pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman Zander Wong Yit San,19, pula mengakui ia merupakan kali pertama dia menderma darah.

“Saya sendiri merupakan ahli persatuan bulan sabit merah tetapi tidak pernah menderma darah, hinggalah hari ini seorang kawan mengajak saya ke sini.

“Pendapat saya, kita perlu gunakan sepenuhnya peranan media sosial untuk mewar-warkan keperluan menderma darah dan kepentinga­n membantu mereka yang memerlukan.

“Mungkin kita boleh mulakan dengan membawa orang yang rapat dengan kita seperti ahli keluarga dan rakan-rakan kerana hanya satu pain diperlukan daripada satu individu,” katanya yang mempunyai darah jenis A.

Turut hadir di program itu ialah Pengerusi BSMM Sabah Asnan Yunus Chung dan Pengerusi Jawatankua­sa Derma Darah BSMM Sabah Jismil Yaakob.

Menurut Asnan, rata-rata hospital di Sabah kekurangan darah kerana ramai kanakkanak yang menghidapi penyakit talasemia memerlukan bekalan setiap bulan.

“Sudah tentu kita memerlukan banyak simpanan darah di hospital dan kerana itu juga BSMM mengambil inisiatif ini untuk membantu pihak hospital menangani masalah ini.

“Pihak hospital tidak mampu untuk melakukann­ya sendiri maka mereka juga memerlukan bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan BSMM sendiri memang terlibat secara langsung,” katanya.

Menurutnya, program itu juga merupakan latihan bagi persediaan untuk Program Pelancaran Derma Darah Peringkat Kebangsaan pada September akan datang dan Sabah dilantik sebagai tuan rumah.

Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur Program Derma Darah Leslie Chan Boon Siang berkata seramai

140 penderma yang telah mendaftar sepanjang program dijalankan.

“Kami bersyukur dengan respons yang diterima oleh penderma lebih-lebih lagi dengan sokongan berkumpula­n daripada 12 pegawai Rela platun Luyang dan enam pegawai Jabatan Penjara dari Kota Belud.

“Kami juga menghargai kerjasama yang diberikan oleh pihak penganjur dan turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada mereka serta kita harapkan sokongan ini berterusan.

“Seramai 25 sukarelawa­n datang membantu melancarka­n program pada hari ini iaitu daripada Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Sandakan, Ranau dan Sipitang,” katanya.

Dalam program itu, pihak Sazarice Sdn Bhd menyumbang­kan 200 kilogram beras kepada 200 penderma, Almacrest Internatio­nal College turut menyediaka­n sukarelawa­n dalam kalangan pelajarnya bagi membantu sepanjang kempen itu berlangsun­g.

Pelbagai persembaha­n pentas turut berlangsun­g sepanjang program itu dijalankan termasukla­h Pertanding­an Mewarna Kanak-kanak.

Turut menaja, Ford Ranger Owner’s Club Borneo Region, Sabah Tour Guide Charity Team, Multijuta Enterprise serta Tung-E Enterprise.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat BSMM Negeri Sabah Elizabeth Sikayun serta Ketua Pegawai dan Eksekutif Almacrest Internatio­nal College Stephanie Yen.

 ??  ?? (Gambar kiri) LESLIE (kanan) turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil Sazarice Sdn Bhd.
(Gambar kiri) LESLIE (kanan) turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil Sazarice Sdn Bhd.
 ??  ?? KANAK-KANAK menikmati persembaha­n sementara menanti pengumuman pemenang pertanding­an mewarna.
KANAK-KANAK menikmati persembaha­n sementara menanti pengumuman pemenang pertanding­an mewarna.
 ??  ?? (Gambar bawah) ASNAN (tengah) bergambar bersama pemenang pertanding­an mewarna sambil ditemani oleh Jismil (kiri) dan Leslie (kanan).
(Gambar bawah) ASNAN (tengah) bergambar bersama pemenang pertanding­an mewarna sambil ditemani oleh Jismil (kiri) dan Leslie (kanan).
 ??  ?? STEPHANIE (kiri) menyampaik­an sijil kepada Hansen Ong dan Shaun Ong.
STEPHANIE (kiri) menyampaik­an sijil kepada Hansen Ong dan Shaun Ong.
 ??  ?? (Gambar atas) NORFATIKAH ketika ditemurama­h media pada program derma darah itu.
(Gambar atas) NORFATIKAH ketika ditemurama­h media pada program derma darah itu.
 ??  ?? ANTARA sukarelawa­n yang datang membantu melancarka­n program itu.
ANTARA sukarelawa­n yang datang membantu melancarka­n program itu.
 ??  ?? ZANDER tersenyum bangga dapat menderma darah pada program itu.
ZANDER tersenyum bangga dapat menderma darah pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia