Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan rakyat penentu masa depan negara

-

KELANGSUNG­AN masa depan negara bergantung kepada perpaduan rakyat Malaysia dan umat Islam sebagai majoriti di negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Datuk Sairin Karno berkata sekiranya umat Islam berpecah semata-mata kerana berbeza pandangan politik atau mempunyai kefahaman yang berlainan mengenai hal berkaitan soal asas agama, maka perpaduan dan kemanan negara ini secara keseluruha­nnya sukar dicapai.

“Usaha memperkuku­hkan perpaduan ummah adalah sesuatu yang amat penting dalam menentukan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara. Umat Islam perlu mewujudkan kesatuan pemikiran berasaskan al-Quran dan hadis.

“Saya percaya Islam dan pertubuhan Islam seperti Usia boleh memainkan peranan penting dalam mempelopor­i usaha mewujudkan kesatuan fikrah dalam kalangan umat Islam dan dengan itu dapat mewujudkan perpaduan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Ehwal Islam Khas ‘Memperkasa Perpaduan Ummah’ anjuran Usia Pusat, Kedudataan Arab Saudi Kuala Lumpur, Umno dan Usia Bahagian Keningau di perkaranga­n Masjid Al-Dzilal, Kampung Bayangan, Keningau pada Ahad.

Sairin meningatka­n umat Islam pentingnya berusaha ke arah perpaduan ummah tanpa mengira perbezaan fahaman politik tetapi hendaklah berpanduka­n kepada syariat Islam kerana perpaduan ummah adalah satu kewajipan yang dituntut oleh Islam.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Liawan menjelaska­n perpaduan ummah tanpa mengira idelogi politik dan sebarang perbezaan pandangan serta pendapat amat bermakna kepada ummah dan negara.

“Justeru, perlulah usaha menyemai kesedaran berterusan tentang betapa pentingnya perpaduan ummah dalam sesebuah negara yang berbilang kaum dan anutan agama,” katanya.

Sementara itu, forum berkenaan menampilka­n Ustaz Irwan Syamri (moderator), Dr Yusof Jasmin, Ustaz Abd Wahab Bustami dan Ustaz Ikhwan Asgandi (ahli panel).

Turut diadakan, penyampaia­n barangan makanan kepada 40 orang asnaf oleh Ketua Usia Bahagian Keningau Kaipin Rosmin.

 ??  ?? KAIPIN menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada salah seorang asnaf.
KAIPIN menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada salah seorang asnaf.
 ??  ?? SAIRIN (depan, dua kiri) bersama orang ramai di majlis itu.
SAIRIN (depan, dua kiri) bersama orang ramai di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia