Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi Cina terus sokong kerajaan BN

Yakin terhadap dasar yang beri manfaat kepada rakyat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur berkata pengundi Cina di sini terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ikhlas membela rakyat.

Menurutnya, dasar kerajaan yang melaksanak­an pelbagai pembanguna­n di daerah ini telah memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, manfaat itu bukan sahaja dapat merubah kehidupan mereka malah sasaran pembanguna­n akan dinikmati generasi akan datang.

“BN telah membawa banyak pembanguna­n demi rakyat dan pembanguna­n itu memberi manfaat kepada masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Masyarakat Cina di Dewan SRJK(C) Kiau Shing, pada Selasa.

Beliau meyakini sokongan masyarakat Cina tidak luntur berikutan BN satu-satunya parti yang tidak hipokrit dalam melaksanak­an tindakanny­a dan ikhlas membantu rakyat.

Nasrun berkata ia berbeza dengan parti pembangkan­g yang terbukti membuat pakatan tidak diketahui rakyat demi perjuangan yang tidak pasti.

“Kita harus menolak parti yang menipu rakyat dan terus menyokong parti yang membawa kebaikan kepada rakyat.

“Saya menyeru agar mengundila­h dengan bijak dengan terus memberikan sokongan kepada parti yang sentiasa berjuang untuk membangunk­an negara demi kesejahter­aan rakyat,” katanya.

“BN telah membawa banyak pembanguna­n demi rakyat dan pembanguna­n itu memberi manfaat kepada masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama. DATUK NASRUN MANSUR Calon BN Parlimen Silam

 ??  ?? NASRUN bersalaman dengan salah seorang penyokong di majlis itu.
NASRUN bersalaman dengan salah seorang penyokong di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia