Utusan Borneo (Sabah)

Jangan beri undi kepada pembangkan­g

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Rakyat diingatkan agar tidak memberi undi mereka kepada pihak pembangkan­g kerana akan menyekat usaha pembanguna­n.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin berkata mengundi pihak pembangkan­g hanya merugikan kawasan berkenaan dari segi pembanguna­n termasuk pelbagai bantuan yang disediakan untuk rakyat.

“Kerajaan BN sebelum ini telah menyediaka­n pelbagai kemudahan dan bantuan untuk rakyat. Kerajaan BN sudah tunaikan pelbagai janji dan tidak pernah abaikan masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata usaha membangunk­an kawasan luar bandar terus diperkasak­an seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dalam manifesto BN.

“Rakyat perlu sedar kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri telah banyak meluluskan pelbagai projek pembanguna­n bagi manfaat rakyat.

“Sejak Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, banyak projek pembanguna­n diberikan ke kawasan Parlimen Kinabatang­an seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik,” katanya.

Bung Moktar berkata landskap Kinabatang­an di kawasan kampung-kampung telah mula berubah dengan limpahan pembanguna­n asas.

“Ini bukti kerajaan BN bersungguh-sungguh membantu rakyat dengan menyediaka­n projek pembanguna­n secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pemimpin bersama rakyat di tiga kampung iaitu Tampasak, Minusuh dan Sungai Lokan pada Selasa.

Pada majlis itu, Bung Moktar berkata masalah yang diajukan oleh penduduk di tiga kampung itu akan diselesaik­an selepas pilihan raya kelak selepas BN membentuk semula kerajaan.

“Saya akan kemukakan kepada pihak kerajaan dan Perdana Menteri untuk menyelesai­kan masalah yang mereka hadapi. Saya akan pastikan masalah itu diselesaik­an oleh kerajaan walaupun secara berperingk­at-peringkat,” katanya.

Beliau berkata dia dan calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah akan sentiasa bekerjasam­a untuk merancang apa juga pembanguna­n dalam DUN Kuamut ini.

 ??  ?? PARA belia dan beliawanis menyatakan sokongan kepada Bung Moktar dan Masiung selaku calon BN.
PARA belia dan beliawanis menyatakan sokongan kepada Bung Moktar dan Masiung selaku calon BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia