Utusan Borneo (Sabah)

Didikan agama asas penting institusi kekeluarga­an

-

SIPITANG: Ilmu dan didikan agama merupakan asas penting dalam melahirkan institusi kekeluarga­an yang teguh dan harmoni.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Sindumin Datuk Sapawi Ahmad berkata keteguhan dan keharmonia­n dalam institusi kekeluarga­an berupaya melahirkan kelaurga bahagia dan berjaya.

Bagaimanap­un katanya, ia berlandask­an kepada ilmu dan juga didikan agama yang betul.

“Institusi kekeluarga­an yang harmoni dan berkualiti bermula daripada rumah tangga yang ditunjangi ilmu dan didikan agama serta cara hidup yang sederhana,” katanya dan menambah, kebahagiaa­n dan kesejahter­aan keluarga turut bertitik tolak pada tolak ansur dan saling menghormat­i serta menghargai pasangan masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus pra-perkahwina­n peringkat Parlimen Sipitang di Pusat Kegiatan Mualaf Daerah Sipitang, di sini pada Isnin.

Sapawi berkata keutamaan itulah juga yang menjadi tumpuan kepada BN yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang bahagia. Katanya usaha itu termasukla­h melakukan pelbagai program yang melibatkan pasangan yang berumah tangga.

“Institusi keluarga yang bahagia turut penting dalam memastikan kestabilan politik dan membolehka­n BN meneruskan usaha memastikan kemakmuran dan kesejahter­aan yang dinikmati rakyat terus berkembang,” katanya.

Pada majlis itu, Sapawi menyampaik­an sijil pra perkahwina­n kepada 150 peserta.

Hadir sama ialah Pegawai Jheains Sipitang Pangiran Kamarudin, Iman Daerah Beaufort Mat Jalin Saramalih, Penolong Pengarah BTN Sabah Mohd Rasmalyzan Abdul Rahsid dan Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pendalaman Bawah Mazlan Manan.

 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an sijil kepada wakil peserta.
SAPAWI menyampaik­an sijil kepada wakil peserta.
 ??  ?? SAPAWI berswafoto dengan sebahagian peserta kursus.
SAPAWI berswafoto dengan sebahagian peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia