Utusan Borneo (Sabah)

Dapatkan semula rentak kemenangan

Layani kunjungan Felda United pada saingan Kumpulan A Piala Belia di Stadium Penampang hari ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pertemuan dengan Felda United FC pada saingan Kumpulan A liga Piala Belia di Stadium Penampang hari ini (sepak mula 4.15 petang) perlu dimanfaatk­an skuad bawah 19 tahun Sabah untuk mengembali­kan rentak kemenangan.

“Peluang untuk ke kelompok empat pasukan teratas masih terbuka dan persaingan sangat sengit terutama di kalangan enam pasukan teratas termasuk Sabah. Kecuali Terengganu FC IV yang selesa di tangga teratas dengan 26 mata, lima lagi pasukan hanya dijarakkan satu hingga empat mata sahaja.

“Sebab itu kami (Sabah) perlu menang bagi memastikan pasukan terus berada dalam senarai persaingan empat teratas,” kata pengurus pasukan, Azman Mastar ketika dihubungi di sini pada

“Untuk perlawanan esok, kelebihan seharusnya berpihak kepada Sabah kerana kedudukan kita lebih baik berbanding Felda dan pertemuan pada pusingan pertama di tempat lawan juga kita ” menang 2-1.

AZMAN MASTAR Pengurus pasukan

Selasa.

Empat tempat teratas adalah tiket ke pusingan suku akhir.

Sabah kini di kedudukan kelima dengan 18 mata sementara Kuala Lumpur 19 mata di tangga keempat dan SSMP-AMD Cougars B16 di tangga keenam dengan 16 mata.

Lima pasukan di kelompok bawah pula didahului Pahang (11 mata) diikuti Pulau Pinang (11), Felda (9), Serlangor (9) dan SSBJ B16 (7).

“Untuk perlawanan esok, kelebihan seharusnya berpihak kepada Sabah kerana kedudukan kita lebih baik berbanding Felda dan pertemuan pada pusingan pertama di tempat lawan juga kita menang 2-1.

“Saya harap ia bukan hanya kelebihan di atas kertas. Pemain kena berikan yang terbaik untuk menang perlawanan ini. Saya percaya pasukan telah bersedia. Kemenangan adalah respon terbaik terhadap kekalahan sebelum ini (kalah 1-0 ditangan Perak PKNP),” kata Azman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia