Utusan Borneo (Sabah)

Saya mahu kembali ke Itali: Balotelli

-

MILAN, Itali: Mario Balotelli berkata beliau mahu kembali bermain di tanahairny­a, selepas dua tahun bermain di Perancis bersama kelab Nice.

Balotelli menjaringk­an 39 gol sejak tiba di kelab Ligue 1 Perancis itu tanpa yuran perpindaha­n pada Ogos 2016 ekoran tempoh hambar di Liverpool dan

AC Milan.

“Saya mahu kembali ke Itali,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

“Ada banyak kelab mengikuti perkembang­an saya tetapi saya boleh berkata AC Milan bulan salah satu dari- pada mereka. Tiada peluang untuk saya kembali ke Milan. “Nice? Saya hampir pasti tidak akan kekal walaupun saya tidak tahu lagi. Lebih dari itu, ia mungkin

musim terakhir saya di sini walaupun ia adalah salah satu terbaik di Perancis.” Balotelli, yang menjaringk­an 15 gol dalam liga musim ini, akan tamat kontrak pada musim panas ini dan dikaitkan dengan kepulangan ke Itali atau England. Balotelli memulakan karier beliau di kelab kerdil, Lumezzane sebelum berpindah ke Inter Milan ketika masih remaja.

Beliau adalah sebahagian dari skuad Inter yang dibimbing Jose Mourinho yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2010.

Beliau juga memenangi tiga kejuaraan Serie A bersama Inter sebelum berpindah ke Manchester City dan membantu City memenangi Liga Perdana Inggeris. Tetapi tempoh di Milan dan Liverpool kurang berjaya sebelum mengembali­kan karier di Nice. Beliau menjaringk­an 13 gol dari 33 penampilan bersama skuad kebangsaan Itali tetapi tidak disenarai ke dalam skuad sejak Piala Dunia 2014.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia