Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Putatan terus nikmati pembanguna­n di bawah BN

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN: Penduduk Parlimen ini akan terus menikmati lebih banyak pembanguna­n pada masa hadapan di bawah pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN).

Calon Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh berkata, peruntukan bagimemban­gunkanbebe­rapa projek utama di kawasan itu sudah diluluskan.

“Antara projek yang akan dilaksanak­an termasukla­h menaik taraf sistem saliran bagi mengurangk­an masalah banjir dan menyediaka­n bekalan air serta elektrik mencukupi untuk penduduk di Pulau Gaya.

“Kita juga akan membina balai bomba serta balai polis dan telah pun memohon untuk membina pejabat marin di sekitarnya,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Mojigoh yang juga naib presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) berkata, masih banyak perkara yang perlu diselesaik­an seperti pembanguna­n Projek Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED) yang akan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan.

Katanya, pembanguna­n itu juga bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat di kawasan Parlimen Putatan, tetapi juga kepada seluruh penduduk di negeri ini.

Di samping itu, beliau juga bercadang menarik lebih banyak pelabur asing ke negeri ini untuk membuat pelaburan pembinaan kemudahan pengangkut­an awam dalam bentuk LRT atau MRT.

“Kemudahan ini perlu dibina secepatnya bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas dari jalan Lok Kawi ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) termasuk sekitar Tanjung Aru dan beberapa kawasan lain,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Flavia Gujion, 67, berkata tidak dinafikan, hasil pentadbira­n pemimpin sebelum Mojigoh, mereka sudah pun merasai pembanguna­n.

Namun katanya, selepas digantikan oleh pemimpin itu, pembanguna­n kawasan Parlimen Putatan kini semakin lebih baik.

“Sekarang ada banyak kedai dan kami mempunyai jalan kampung yang lebih baik. Kami juga mempunyai dewan komuniti dan dia (Mojigoh) juga banyak membantu gereja serta membekalka­n bekalan air bersih.

 ??  ?? MARCUS melaungkan slogan ‘Tatap BN’ semasa hari penamaan calon di Dewan Sri Putatan pada Sabtu.
MARCUS melaungkan slogan ‘Tatap BN’ semasa hari penamaan calon di Dewan Sri Putatan pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia