Utusan Borneo (Sabah)

Benzema berjaya menundukka­n Bayern dengan agregat 4-3

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid hanya kurang satu kemenangan untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut selepas Karim Benzema menjaringk­an dua gol untuk menewaskan B a y e r n Munich pada perlawanan separuh akhir kedua Selasa lepas.

Bayern, yang tewas 1-2 pada perlawanan pertama di Jerman, kelihatan mampu bangkit selepas Joshua Kimmich membuka jaringan awal sebelum James Rodriguez mengikat kedudukan 2-2 dari segi agregat selepas satu jam permainan.

Tetapi dua gol Benzema, satu dari tandukan dan gol penyamaan dari kesilapan penjaga gol Bayern, Sven Ulreich, sudah memadai buat Real mengikat kedudukan 2-2 dan menang 4-3 secara agregat.

Dua gol Benzema adalah satu lagi keputusan bijak buat jurulatih Real, Zinedine Zidane, yang memilih untuk menurukan Benzema dalam kesebelasa­n utama walaupun hanya menjaringk­an satu gol dari 12 perlawanan terakhir.

“Beliau selayaknya dengan gol kerana beliau bekerjaker­as dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam padang,” kata Zidane.

Ia juga satu lagi keputusan berani Zidane, yang berada di ambang meletakkan namanya sebaris dengan jurulatih terkenal seperti Carlo Ancelotti dan Bob Paisley yang memenangi tiga kejuaraan di Eropah.

Di final nanti, Real akan bertemu sama ada Liverpool atau AS Roma tetapi selepas menewaskan Bayern, juara Bundesliga Jerman, Paris Saint Germain (PSG), juara Ligue 1 Perancis dan Juventus, pendahulu Serie A Itali, kejuaraan Eropah yang ke-13 buat Real di landasan destinasi mereka.

Ia tidak mengejutka­n apabila Zidane berkata Liga JuaraJuara adalah “dalam DNA kelab”.

“Kami tidak berhenti bersaing sehingga minit terakhir, sama seperti pemain Bayern malam ini,” tambah beliau.

Zidane membuat kejutan apabila meletakkan Casemiro di bangku simpanan dan memasukkan Mateo Kovacic di bahagian tengah sementara Lucas Vazquez diletakkan di posisi pertahanan kanan.

Ia bermakna tiada tempat dalam kesebelasa­n utama buat Gareth Bale, yang disenaraik­an sebagai pemain simpanan buat kali keenam dari enam perlawanan peringkat kalah mati.

Bayern sementara itu beraksi tanpa beberapa pemain bintang dengan Javi Martinez, Arturo Vidal, Arjen Robben, Jerome Boateng, Kingsley Coman dan Manuel Neuer (penjaga gol) mengalami kecederaan dengan Martinez hanya cergas untuk diletakkan di bangku simpanan.

Kimmich membuka jaringan buat Bayern pada minit ke-28 di Allianz Arena dan pada hari Selasa, beliau menjaringk­an gol seawal minit ketiga.

Real berasa gelisah dan jika Bayern dapat menyempurn­akan beberapa lagi peluang, mereka boleh menambah jaringan tetapi Real mengikat kedudukan pada minit ke-11 apabila Benzema melepasi kawalan David Alaba sebelum merembat bola ke pintu gol. James boleh menjaringk­an gol lebih awal buat Bayern tetapi rembatan bola muntah beliau tersasar.

Bayern tidak bernasib baik apabila pengadil perlawanan tidak memberikan satu tendangan penalti selepas bola terkena tangan Marcelo.

Kekecewaan Bayern kelihatan semakin teruk apabila Benzema meletakkan Real di hadapan buat kali pertama Selasa lepas dengan bantuan kesilapan Ulreich, membolehka­n Benzema menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas.

“Pasukan saya bermain dengan hebat. Saya tidak melihat pasukan seperti ini beraksi dengan baik sejak bertahunta­hun,” kata jurulatih Bayern, Jupp Heynckes.

Saingan kelihatan sudah berakhir tetapi Bayern mengikat kedudukan 10 minit selepas gol Real untuk mengembali­kan impian menerusi gol James, yang enggan meraikan golnya kerana beliau adalah pemain dipinjamka­n dari Real Madrid.

Bayern mempunyai 27 minit untuk mencari gol ketiga tetapi mereka mensia-siakan beberapa peluang sebelum Real bertahan untuk melangkah ke final yang keempat dalam lima tahun.

 ?? —Gambar AFP ?? (kiri) ditenangka­n oleh pemain tengah Real Madrid Toni Kroos selepas perlawanan Real Madrid CF menentang FC Bayern Munich di Madrid, Spain kelmarin.
—Gambar AFP (kiri) ditenangka­n oleh pemain tengah Real Madrid Toni Kroos selepas perlawanan Real Madrid CF menentang FC Bayern Munich di Madrid, Spain kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? BENZEMA meraikan kemenangan ketika perlawanan Real Madrid CF menentang FC Bayern Munich di Madrid, Spain kelmarin.
— Gambar AFP BENZEMA meraikan kemenangan ketika perlawanan Real Madrid CF menentang FC Bayern Munich di Madrid, Spain kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia