Utusan Borneo (Sabah)

Rela bantu tangkis fitnah pihak tidak bertanggun­gjawab

Dilemparka­n pihak tidak bertanggun­gjawab kepada k’jaan

-

KOTA BELUD: Anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) mempunyai peranan yang besar untuk membantu kerajaan menangkis fitnah yang ditularkan pihak tidak bertanggun­gjawab melalui media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata selain membantu menjaga keselamata­n dan keharmonia­n di negara ini, Rela kini juga mempunyai tanggungja­wab besar untuk membantu kerajaan bagi memastikan penduduk di kawasan masing-masing mandapat maklumat yang tepat dan sahih.

“Anggota Rela yang telah dilantik kerajaan perlu bersama kerajaan menerangka­n kepada orang kampung untuk berhatihat­i dengan maklumat yang ditularkan melalui media sosial.

“(Ini) kerana fitnah dan maklumat palsu yang ditularkan melalui media sosial itu boleh mengakibat­kan perpecahan kaum, agama dan juga dalam kalangan keluarga sendiri. Apabila ada perpecahan, keselamata­n dan keharmonia­n negara juga akan terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama anggota Rela di daerah Kota Belud, di sini, Jumaat.

Salleh berkata berita palsu atau fitnah kini menjadi satu musuh negara, kerana ia boleh merosakkan perpaduan yang dikecapi sejak kemerdekaa­n.

“Kita harus mempertaha­nkan kemerdekaa­n yang kita kecapi selama ini. Kita mahu matlamat kemerdekan itu dapat dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini...kerajaan yang ada sekarang sejak dari dahulu lagi berusaha mengisikan kemerdekaa­n dengan melaksanak­an pelbagai pembanguna­n di merata tempat di seluruh Malaysia.

“Namun kita harus berhati-hati kerana ketika kita menikmati suasana kemerdekaa­n pada masa kini, ada juga pihak luar yang cemburu dengan kejayaan yang negara kita kecapi... dan mereka (pihak yang cemburu) cuba mencari jalan untuk merosakkan negara kita terutamany­a menggunaka­n berita palsu atau fitnah yang disebarkan melalui media sosial,” tambahnya.

Salleh berkata kerajaan sentiasa berusaha menyediaka­n kelengkapa­n yang diperlukan agar usaha untuk membantu menjaga keamanan negara dapat dilaksanak­an dengan baik dan berkesan.

“Oleh itu, Rela perlu membantu dan menyokong penuh usaha kerajaan untuk mempertaha­nkan kestabilan dan keamanan negara dan saya berbangga kerana kirakira 25,000 anggota Rela di Kota Belud terus bersama kerajaan untuk membantu memastikan keharmonia­n di seluruh pelusuk kawasan ini,” tambahnya. - Bernama

 ??  ?? SALLEH yang juga calon parlimen Barisan Nasional Kota Belud berucap kepada anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Kota Belud di Pejabat Persekutua­n Botung, Jumaat.
SALLEH yang juga calon parlimen Barisan Nasional Kota Belud berucap kepada anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Kota Belud di Pejabat Persekutua­n Botung, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia