Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah: Lelaki didenda RM13,000, penjara

Terima suapan, guna dokumen palsu

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan denda RM13,000 atau penjara, selepas mengaku salah menerima rasuah dan menggunaka­n dokumen palsu, menguruska­n pinjaman peribadi seorang wanita.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhka­n hukuman itu terhadap Alfian Nizam Jasrie, 25, yang diwakili peguam P.J Perira.

Pertama, tertuduh dikenakan penjara sehari dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan, kerana menerima RM1,200 daripada Rosnah Musing, 43, melalui Muhammad Awang.

Wang itu sebagai upah menguruska­n permohonan pinjaman peribadi Rosnah, sehingga diluluskan sebanyak RM16,000.

Kesalahan dilakukan pada 12 Mei 2016 di perkaranga­n parkir Bank Rakyat cawangan Kota Kinabalu di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kedua, Alfian didenda RM3,000 atau penjara 30 hari, atas kesalahan menggunaka­n dokumen palsu perjanjian penyewaan rumah antara Rosnah dan Bayani Isnani.

Dokumen terbabit disertakan dalam fail pembiayaan bertarikh 4 Mei 2016, sebagai sokongan kelulusan pembiayaan peribadi itu.

Tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, melakukan kesalahan itu pada 11 Mei 2016 di Unit Kredit Bank Rakyat, di sini.

Semasa rayuan, P.J menyatakan anak guamnya seorang pesalah pertama dan menyesal dengan perbuataan yang dilakukann­ya.

“Pengakuan salah tertuduh menjimatka­n masa mahkamah dan kos, selain itu tertuduh juga memberikan kerja sama dengan pihak SPRM.

“Faktor-faktor ini harus diberikan pertimbang­an. Mohon denda dan hukuman yang ringan dikenakan,” katanya.

Tambahnya, tertuduh yang kini bekerja sebagai freelancer tidak mempunyai pendapatan tetap.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip daripada SPRM menyatakan, hukuman yang dikenakan mengikut budi bicara mahkamah.

“Kami mohon hukuman setimpal dikenakan untuk kedua-dua pertuduhan, yang berbentuk pengajaran agar kesalahan tidak berulang.

“Tertuduh perlu sedar ketika menyertai program yang dikendalik­an bank terbabit, seharusnya tidak melakukan kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, tertuduh baharu saja menamatkan pengajiann­ya dan menimba pengalaman dengan bank berkenaan, sebelum diserap menjadi salah seorang kakitangan.

Dalam pada itu, Abu Bakar memerintah­kan tertuduh menjalani pemenjaraa­n bermula dari tarikh sabitan.

“Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. ”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia