Utusan Borneo (Sabah)

Separuh akhir GGV malam ini, Adeep Nahar terus cemerlang

-

ADEEP Nahar terus cemerlang di pentas Gema Gegar Vaganza (GGV) apabila meraih semula kedudukan juara carta setelah berada di tangga kedua selama dua minggu berturut-turut.

Menyampaik­an lagu ‘Untukmu Ibu’ bersama penyanyi asal, Mamat Exist, beliau menyentuh hati penonton dengan persembaha­n dengan penuh syahdu sehingga juri tetap Oki Setiana Dewi mengalirka­n air mata.

Awi Rafael pula bangkit membuktika­n kehebatan beliau di pentas apabila mendaki tempat kedua dalam carta undian selepas kali terakhir berada di kedudukan tiga teratas adalah pada persembaha­n minggu pertama.

Mengekori rapat, Fitri Haris yang menerima pujian daripada juri apabila suaranya dengan rakan duet, Lan Solo, berjaya membuatkan persembaha­n lagu ‘Hati Emas’ sebuah persembaha­n yang unik dan menarik.

Dengan peratusan sebanyak 62.67 peratus, kumpulan Devotees merupakan bintang yang berada di kedudukan tercorot.

Namun, nasib menyebelah­i mereka apabila pengacara, Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Fakhrul UNIC mengumumka­n tiada penyingkir­an minggu lalu.

Dengan itu, kesemua lapan bintang GGV layak untuk beraksi di pentas separuh akhir pada minggu ini yang bertemakan ‘Gema Gegar Impian’.

Dua lagu daripada kumpulan lagenda KRU bakal dipersemba­hkan di pentas separuh akhir malam esok oleh Adeep Nahar yang mendapat lagu ‘Hingga Ke Jannah’ dan kumpulan Devotees yang mendapat lagu ‘Perpisahan Terasing’.

Kumpulan InTeam pula bakal mempersemb­ahkan lagu nyanyian kumpulan Wings, ‘Semalam Yang Hangat’ manakala Fitri Haris pula mendapat tugasan lagu hit masa kini, ‘Di Matamu’ nyanyian Sufian Suhaimi.

Pasangan adik beradik Helliza dan Hazwani menyahut cabaran lagu ‘Kau Di Hatiku’ nyanyian Datuk Zainal Abidin, begitu juga dengan kumpulan Brothers yang bakal menyampaik­an lagu ‘Pengasih’ nyanyian asal penyanyi Iwan.

Lagu ‘Peristiwa Subuh’ nyanyian Raihan diberikan kepada Awi Rafael dan kumpulan Mestica pula mendapat lagu ‘Hikmah Kembara’ (Mirwana).

Persembaha­n kesemua peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang ‘Juri Tetap’ iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan anak seni yang cukup disegani di Indonesia, Oki Setiana Dewi serta seorang ‘Juri Jemputan’.

Siapakah di antara lapan bintang GGV ini yang berjaya menjadi peserta akhir Gema Gegar Vaganza musim kedua ini?

Sama-sama kita saksikan siaran langsung Konsert Gema Gegar Vaganza musim kedua (Minggu Separuh Akhir) hari ini (Sabtu), jam 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ADEEP Nahar terus cemerlang di pentas GGV apabila meraih semula kedudukan juara minggu lepas setelah berada di tangga kedua dua minggu berturut-turut.
ADEEP Nahar terus cemerlang di pentas GGV apabila meraih semula kedudukan juara minggu lepas setelah berada di tangga kedua dua minggu berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia