Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan lapan warga asing sepanjang Op Api 1/2018

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan individu sepanjang pelaksanaa­n Op Api 1/2018 sejak 1 April lalu.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam Aziz berkata lima daripada supek ditahan kerana terbabit kes pengeboman ikan manakala tiga yang lain menceroboh kawasan pelantar minyak.

“Kesemua tahanan disiasat mengikut Seksyen 26(10(a) Akta Perikanan 1985 dengan denda sebanyak RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 mengikut denda kepada setiap kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Pejabat Maritim Kota Kinabalu di sini pada Khamis.

Adam berkata sepanjang tiga tahun kebelakang­an ini, pihaknya merekodkan sejumlah RM92,500 nilai rampasan terhadap 37 kes masing-masing RM45,000 pada 2016 dan berkurang kepada RM35,000 tahun lalu serta RM12,500 sehingga 4 Mei tahun ini.

Tambahnya kesemua bot yang dirampas sudah dimusnahka­n mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang Malaysia.

“Bagi tangkapan penceroboh­an di pelantar minyak, APMM merekodkan peningkata­n jumlah tangkapan tahun ini iaitu RM7,500 rampasan membabitka­n tiga kes sehingga Mei.

“Jumlah ini dianggap tinggi berbanding hanya dua kes setiap tahun pada 2016 dan 2017 yang membabitka­n rampasan RM5,000 setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata bagi mengatasi masalah penceroboh­an di kawasan pelantar minyak, pihaknya sudah melakukan pengedaran risalah kesedaran berkenaan bahaya penceroboh­an ke kampung yang dipercayai aktif melakukan penceroboh­an termasukla­h Pulau Gaya dan Kampung Numbak di Sepanggar.

“APMM juga bekerjasam­a dengan pihak pelantar minyak serta komuniti maritim lain bagi memastikan tiada penceroboh­an di kawasan larangan serta kesalahan bom ikan dilakukan di Sabah.

“Kita memandang serius aktiviti pengeboman ikan yang boleh mengancam kemusnahan khazanah negara bagi jangka masa panjang selain menjejaska­n industri pelanconga­n negara sendiri,” katanya.

Tambahnya pihaknya tidak akan berkomprom­i dan tindakan tegas akan dikenakan kepada pesalah dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubung­i Pusat Operasi Maritim Kota Kinabalu di talian 088-270 165.

 ??  ?? ADAM (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n bahan letupan bom ikan yang dirampas daripada suspek.
ADAM (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n bahan letupan bom ikan yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia