Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: Kempen Parlimen Tuaran luar biasa: Tangau

-

TUARAN: Gerak kerja kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Parlimen Tuaran dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) -- Kiulu, Tamparuli dan Sulaman dilihat agak luar biasa tambahan dengan kemasukan anggota parti pembangkan­g ke dalam pasukan Barisan Nasional (BN) kawasan itu selepas mereka hilang keyakinan dan kepercayaa­n terhadap kepimpinan parti masing-masing.

Pada Isnin, seramai 250 anggota PKR Parlimen Tuaran diketuai Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Parlimen Tuaran Rajimit Gunong telah mengumumka­n keluar parti, manakala pada Jumaat enam pemimpin kanan Parti Cinta Sabah (PCS) turut mengisytih­arkan keluar parti seterusnya menyertai BN.

Enam pemimpin kanan PCS itu ialah Speaker (Pengerusi Tetap), Ketua Penerangan dan Pengarah Unit Media & Komunikasi parti itu Lesaya Lopog; Setiausaha Agung John Hussein; anggota Exco Wanita Anita Hokum; anggota Jawatankua­sa dan Setiausaha Pengelola Joslin Ludsum; dan Penolong Pegawai Penerangan Hillary Gindayuk; dan Ketua Jentera Pilihan Raya PCS Kiulu Sindin Ranggangon.

Timbalan Pengerusi BN Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga penyandang dan calon BN bagi kerusi Parlimen Tuaran berkata meskipun ramai anggota pembangkan­g menyertai BN, namun, jentera pilihan raya akan terus diperkasa dan dimantapka­n lagi sehingga ke garisan penamat pada 9 Mei ini.

“Sudah enam hari kami berkempen dan ini memang satu kempen pilihan raya agak luar biasa dan jentera juga luar biasa. Walaupun ramai rakanrakan pembangkan­g telah menyertai dan menyokong kami (BN), namun, kami tidak berhenti dan akan meneruskan perjuangan sekali gus memperkema­s jentera BN.

“Hari ini, rakan-rakan (pemimpin kanan parti PCS) menyertai kami (BN) dan kami memberi ruang kepada mereka untuk memainkan peranan memandangk­an masing-masing mempunyai bakat tersendiri yang boleh dimanfaatk­an dalam jentera kami,” kata Pemangku Presiden UPKO itu dalam sidang media di sini, Jumaat.

Mengulas anggota PKR Parlimen Tuaran bertindak keluar parti seterusnya menyertai BN, Tangau berkata, penyertaan mereka bersama BN diterima dengan hati terbuka malah mereka sudah memulakan kempen membantu BN memperoleh kemenangan besar bagi kerusi Parlimen dan ketiga-tiga kerusi DUN terbabit.

“Jentera PKR di Tuaran sudah lumpuh. Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR (Rajimit) menghentik­an bilik operasi PKR dan menggantik­annya kepada bilik operasi BN. Mereka juga sudah berkempen dan membantu kemenangan BN khususnya untuk merampas DUN Tamparuli pada PRU14 ini,” katanya.

Tangau berkata pilihan raya kali ini diharap akan dapat memantapka­n lagi BN terutama tiga parti komponenny­a di Sabah yang berasaskan kepelbagai­an kaum khususnya masyarakat Kad azan dusun M urut( KDM) iaitu PBS, UPKO dan PBRS untuk memenangi kesemua 20 kerusi DUN serta 10 kerusi Parlimen. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia