Utusan Borneo (Sabah)

YES menaja RM180,000 Pesta Kaamatan DBKK 2018

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: YES penyedia perkhidmat­an 4G mudah alih di sini menaja sebanyak RM180,000 untuk sambutan Pesta Kaamatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2018.

Pengarah Eksekutif YTL Communicat­ion Datuk Yeoh Soo Keng berkata, penajaan ini adalah tahun ketiga berturuttu­rut sebagai tanda sokongan kepada pesta itu.

“Sebagai penaja utama, YES menaja sebanyak RM180,000 termasuk RM60,000 wang tunai serta barang-barang lain seperti papan iklan, pelekat, sepanduk, serta produk lain dan perkhidmat­an internet YES 4G.

“Penajaan ini melambangk­an usaha berterusan YES dalam memacu perubahan positif dan memelihara warisan budaya masyarakat setempat,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Tajaan YES untuk Pesta Kaamatan Peringkat DBKK 2018, di sini pada Jumaat. Hadir sama menyempurn­akan majlis itu ialah Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

Beliau berkata, sejak pelancaran perkhidmat­an 4G di Sabah pada 2014, YES telah berjaya menyambung­kan semua bandaraya utama termasuk Kota Kinabalu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kudat, Lahad Datu, Papar, Sandakan, Tawau, Tuaran dan Labuan.

Katanya, sambutan Kaamatan di sini yang berlangsun­g dari 4 sehingga 6 Mei ini akan dimeriahka­n ribuan pengunjung tempatan dan pelancong luar.

“Pengunjung juga boleh menikmati kepelbagai­an makanan dan minuman di kiosk-kiosk disediakan selain kepelbagai­an hiburan serta gerai lain,” katanya.

 ??  ?? YEO (tiga kanan) menerima cek replika daripada Yeoh (tiga kiri).
YEO (tiga kanan) menerima cek replika daripada Yeoh (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia