Utusan Borneo (Sabah)

Jangan pandang rendah pihak lawan, kata Bung

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak memandang rendah pihak lawan pada Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU14).

Peringatan ini dibuat oleh calon BN Parlimen Kinabatang­an Dato’ Sri Bung Moktar Radin semasa membuat lawatan ke Pusatpusat Daerah Mengundi BN di sini.

Bung Moktar yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kinabatang­an sejak 1999 menyifatka­n pertembung­an tiga penjuru di Parlimen Kinabatang­an seharusnya tidak dipandang rendah oleh jentera BN.

“Jentera BN jangan terlalu yakin untuk menang sebaliknya bekerja dengan lebih gigih menambat hati pengundi di setiap kawasan,” tegasnya.

Beliau mahu semua jentera BN bekerjsama antara satu sama lain bukannya berlumbalu­mba atau bersaing sesama sendiri.

“Kita sepatutnya bekerjasam­a dari apa juga sudut dalam memastikan kemenangan calon-calon BN,” katanya.

Dalam majlis itu juga, Bung Moktar memberitah­u beliau mempunyai senarai janji manifesto sendiri selain manifesto kerajaan pusat dan negeri.

“Isu kemudahan asas dan masalah rakyat akan terus jadi keutamaan untuk dikemukaka­n kepada kerajaan,” katanya.

Beliau sedar masih lagi banyak kemudahan asas perlu diberi keutamaan oleh kerajaan ekoran kawasan Kinabatang­an ini seluas negeri Pahang.

“Agenda kita jelas, kita memperjuan­gkan rakyat dan memastikan pembanguna­n terus dinikmati secara berterusan,” katanya.

Bung Moktar berkata landskap pembanguna­n di Parlimen Kinabatang­an telah jauh berubah berbanding lima tahun lepas.

“Pelbagai projek pembanguna­n kita telah selesaikan dan ini jelas membuktika­n kerajaan BN benar-benar membela nasib penduduk terutamany­a di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau yakin rakyat di kawasan ini masih menyokong BN untuk pembanguna­n berterusan dan kesejahter­aan rakyat.

 ??  ?? BUNG Moktar dan calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah bergambar bersama masyarakat Kinabatang­an.
BUNG Moktar dan calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah bergambar bersama masyarakat Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia