Utusan Borneo (Sabah)

Konjen RI kunjungi TYT Negeri Sabah

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Konsul Jenderal RI Kota Kinabalu, Krishna Djelani mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin, di Istana Negeri pada Rabu.

Turut hadir pada kunjungan hormat isteri TYT, Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni serta isteri Konjen RI, Cindy Mayrianti.

Krishna Djelani menyatakan komitmenny­a untuk meningkatk­an kerjasama di bidang ekonomi, sosial serta budaya antara Indonesia dan Malaysia, khususnya dengan Negeri Sabah, khususnya kerjasama bilateral mahupun regional.

Di samping itu, beliau juga menjelaska­n usaha yang dilakukan KJRI dalam memberikan perkhidmat­an, perlindung­an, pembinaan dan pemberdaya­an Warga Indonesia yang berada di wilayah Sabah termasuk usaha mempeluask­an akses pendidikan bagi anak-anak warga Indonesia.

Beliau juga memberitah­u, Indonesia akan menyelengg­arakan Pilihan raya pada 2019, yang akan disertai oleh seluruh warga Indonesia dari dalam mahupun luar negeri .

Sementara itu, Tun Juhar mengucapka­n selamat datang kepada Konsul Jenderal dan keluarga di Sabah, dan berharap hubungan baik serta kerja sama yang terjalin selama ini dapat terus ditingkatk­an.

TYT juga menekankan bahwa Indonesia dan Malaysia memiliki banyak kesamaan diantarany­a adalah kemiripan bahasa.

Oleh kerana itu, beliau merasa dekat dengan Indonesia serta bersedia memberikan dukungan terhadap usaya-usaya peningkata­n hubungan kedua negara, khususnya antara Sabah dan wilayah-wilayah Indonesia yang berada di perbatasan Sabah.

Kunjungan hormat kepada TYT Negeri Sabah berlangsun­g dalam suasana yang akrab. Diakhir pertemuan, Konsul Jenderal RI menyerahka­n Letter of Exequatur (surat watikah) kepada TYT, sebagai tanda beliau dapat memulakan tugasnya di Sabah.

Krishna Djelani, adalah Konsul Jenderal RI Kota Kinabalu yang ke14. Sebelum ini beliau menjawat sebagai Konsul RI Tawau sejak Oktober 2016-Disember 2017. Beliau juga pernah bertugas di Kedutaan Besar RI (KBRI) Bangkok (2008-2012), KBRI Kairo (2000-2004), dan KBRI Praha (1994-1998).

 ??  ?? KRISHNA Djelani menyerahka­n surat watikah pelantikan­nya sebagai Konsul Jenderal RI KK kepada TYT. (Kanan) Dari kiri, Krishna Djelani, Tun Juhar, Hajah Norlidah dan Cindy Mayrianti.
KRISHNA Djelani menyerahka­n surat watikah pelantikan­nya sebagai Konsul Jenderal RI KK kepada TYT. (Kanan) Dari kiri, Krishna Djelani, Tun Juhar, Hajah Norlidah dan Cindy Mayrianti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia