Utusan Borneo (Sabah)

BN diyakini menang besar

Dua kerusi Parlimen dan empat DUN di Beaufort, Sipitang

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Mengambil kira sokongan akar-umbi peladang, penternak dan nelayan, Barisan Nasional (BN) diyakini mencapai kemenangan besar kerusi Parlimen Beaufort dan Sipitang serta empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kedua-dua kawasan itu.

Empat DUN berkenaan ialah Klias dan Kuala Penyu di Parlimen Beaufort serta Lumadan dan Sindumin di Parlimen Sipitang.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata keyakinan itu berdasarka­n maklum balas ahli-ahlinya di peringkat akar-umbi sepanjang enam hari kempen berlangsun­g.

“Hasil maklumat dikumpul ahli kita di peringkat akarumbi didapati tidak ada isu besar yang menjejaska­n peluang BN, justeru itu kita yakin BN tidak mempunyai masalah memenangi kesemua empat kerusi DUN dan dua Parlimen di Beaufort dan Sipitang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Muafakat Peladang anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort di sini malam Khamis.

Kerusi Parlimen Beaufort dipertahan­kan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Datuk Azizah Mohd Dun, manakala Parlimen Sipitang ditandingi Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa.

Sementara empat calon BN bagi kerusi DUN ialah Datuk Isnin Aliasneh (Klias), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu), Datuk Sapawi Ahmad (Sindumin) dan Matbali Musah (Lumadan).

Mohd Nazri yang juga Timbalan Pengerusi Nafas berkata keyakinan memenangi kesemua kerusi berkenaan juga berdasarka­n prestasi kemajuan dan pembanguna­n yang dibawa BN di situ selama ini.

Katanya, rekod pembanguna­n yang dibawa BN jelas memanfaatk­an rakyat, termasuk di kawasan DUN Klias yang dulu diwakili pembangkan­g.

“Sementara kawasankaw­asan lain dianggap selamat disebabkan wakil rakyat masing-masing berjaya melaksanak­an amanah dan tanggungja­wab mereka selama ini,” katanya, sambil merujuk pembanguna­n prasarana yang ketara di daerah Beaufort dan Sipitang.

Beliau turut mengulangi

“Hasil maklumat dikumpul ahli kita di peringkat akar-umbi didapati tidak ada isu besar yang menjejaska­n peluang BN, justeru itu kita yakin BN tidak mempunyai masalah memenangi kesemua empat kerusi DUN dan dua Parlimen di Beaufort ini.” dan Sipitang

DATUK MOHD NAZRI ABDULLAH Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah

komitmen peladang, penternak dan nelayan memberi sokongan padu kepada BN yang terbukti begitu prihatin dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan, termasuk skim bantuan dan subsidi.

Katanya, kerajaan BN turut mengiktira­f peranan peladang, penternak dan nelayan dalam membangunk­an sosioekono­mi negara.

 ??  ?? NAZRI bersama sebahagian ahli peladang yang hadir pada majlis berkenaan.
NAZRI bersama sebahagian ahli peladang yang hadir pada majlis berkenaan.
 ??  ?? NAZRI memperkena­lkan Matbali sempena majlis itu.
NAZRI memperkena­lkan Matbali sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia