Utusan Borneo (Sabah)

SABAS teruskan jelajah kempen calon BN di Lahad Datu

- Oleh JOHN TAMBANAN (tengah) bersama AMT Sabas dengan jentera pilihanray­a di PDM Sapagaya Lahad Datu.

LAHAD DATU: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) meneruskan jelajah kempen calon Barisan Nasional (BN) di kawasan penduduk masyarakat Orang Sungai dan kali di Sapagaya dan Segama dalam daerah Lahad Datu.

Presidenny­a, Datuk Juhari Janan berkata kempen itu juga bertujuan menerangka­n dasar dan perjuangan BN kepada rakyat, khususnya masyarakat Orang Sungai.

“Kita mengajak mereka untuk terus bersatu dan memberi sokongan padu kepada calon BN bagi kawasan Parlimen P.188 Silam dan N.49 Tungku dan N.50 Lahad Datu,” katanya ketika bertemu pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM)Sapagaya Lahad Datu pada Khamis.

“Saya datang ke sini (PDM Sepagaya) atas arahan Tagajoh Gayoh Sabas yang juga Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman membantu caloncalon BN di seluruh Sabah yang ada masyarakat orang sungai seperti Kinabatang­an, Beluran, Lahad Datu, Pitas, Ranau dan Membakut.

“Oleh itu saya meminta kepada masyarakat Idahan, Supan di Lahad Datu dan masyarakat Bagahak di Tungku jangan lah kita bercerai berai, sebaliknya kita harus bersatu padu di bawah panji-panji BN.

“Soal calon jangan kita pertikaika­n apabila pucuk pimpinan memutuskan siapa calon kita kena akur dan membantu calon tersebut untuk menang dalam PRU ke-14 ini.

“Kita mesti melipat gandakan usaha kita untuk membantu calon-calon BN, dan saya memuji semagat ketal dan kerja berpasukan jentera pilihanray­a disini amat baik, saya yakin dan percaya kerja seperti ini akan membawa kejayaan besar kemenangan calon BN di sini,” katanya.

Juhari kemudian melawat bilik gerakan pilihan raya PDM Sagama dalam kawasan DUN Lahad Datu dan Parlimen Silam untuk bertemu dengan masyarakat orang Idahan/ Supan disana dalam misi yang sama untuk menyampaik­an amanat Tagaayoh Gayoh SABAS.

Turut hadir OKK Paduka Amat Kaoh Ketua Daerah Lahad Datu Haji Sulaiman Haji Atok , Ketua Anak Negeri Lahad Datu dan pemimpin setemapat.

 ??  ?? JUHARI
JUHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia