Utusan Borneo (Sabah)

Wanita perlu beri sokongan kepada BN

-

TAWAU: Rakyat khususnya golongan wanita diminta terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bagi merealisas­ikan rancangan kerajaan memperkasa masa depan kaum hawa dalam semua bidang.

Calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat berkata, memperkasa wanita sememangny­a menjadi agenda utama kerajaan BN, malah dimasukkan dalam manisfesto sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“BN merangka manifesto khas untuk memperkasa­kan golongan wanita, terutamany­a dalam meningkatk­an aspek ekonomi golongan yang disifatkan sebagai ‘ratu hati negaraku’ di Malaysia.

“Malah bagi memperkasa­kan kaum hawa di negara ini, BN menawarkan penubuhan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang dipengerus­ikan sendiri oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian penutupan Kem Transforma­si Minda Belia Daerah Tawau di Tawau hari ii.

Hamisa berkata, kesungguha­n kerajaan BN memartabat­kan wanita juga terbukti melalui pengumuman untuk menubuhkan Koperasi Wanita sebagai langkah membuka lebih banyak peluang kewangan dan ekonomi kepada kaum hawa.

“Melalui penubuhan koperasi khusus untuk wanita ini, mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyimpan atau membuat pinjaman mudah, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk wanita bergiat lebih aktif dalam membangunk­an ekonomi keluarga dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya setiap kaum wanita di Sabah terus memberi sokongan kepada BN supaya agenda memperkasa golongan wanita yang terkandung dalam Manifesto BN untuk PRU-14 yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak barubaru ini terlaksana dengan cemerlang.

Katanya, manifesto bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ itu menggarisk­an perancanga­n terperinci dalam memartabat­kan golongan ibu dan wanita di negara ini.

Hamisa juga turut meminta golongan belia supaya membuat keputusan terbaik semasa membuat pilihan pada hari mengundi 9 Mei ini kerana sebarang kesilapan boleh membawa penyesalan kemudian hari.

Mengenai kem itu, beliau berkata ia dapat meningkatk­an kefahaman golongan belia dalam bidang keusahawan­an selain memperkena­lkan dan mempertemu­kan usahawan belia kepada penyedia pinjaman kewangan.

Beliau berkata, inisiatif itu merangkumi pelbagai program termasuk kemahiran dan keusahawan­an, usaha menjana ekonomi, langkahlan­gkah pendekatan dalam membendung gejala sosial, khidmat bimbingan, kemudahan dan sokongan bagi memperkasa golongan berkenaan.

“Namun, kejayaan dan kecemerlan­gan belia tidak bergantung kepada komitmen kerajaan semata-mata, tetapi golongan berkenaan perlu mempunyai semangat serta kesedaran tinggi untuk berubah bagi mencapai kejayaan,” katanya

 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan bersama belia beliawanis Kem Transforma­si Minda Belia daerah Tawau.
HAMISA bergambar kenangan bersama belia beliawanis Kem Transforma­si Minda Belia daerah Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia