Utusan Borneo (Sabah)

Rozman gembira kempen jentera BN Labuan berjalan lancar

-

LABUAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P.166 Labuan, Datuk Rozman Isli gembira dengan kelancaran perjalanan kempen Pilihanray­a Umum (PRU)-14 oleh jentera BN Labuan kali ini yang lebih teratur dan terancang.

“Alhamdulil­ah walaupun jadual kempen PRU-14 BN ketat, namun saya lihat sambutan amat mengalakka­n oleh warga Labuan setiap kali ceramah BN diadakan di setiap kampung mahupun di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Labuan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan PRU-14 Jabatan Penerangan Labuan di sini pada Jumaat.

Beliau gembira dengan sikap yang ditunjukka­n oleh setiap jentera parti yang bertanding semasa tempoh kempen PRU-14 ini berlangsun­g yang diadakan dengan suasana aman dan lancar walaupun Parlimen Labuan menampilka­n persaingan empat penjuru.

Mengenai peluang kemenangan BN dengan majoriti yang lebih besar kali ini, Rozman optimis ianya dapat direalisas­ikan sekiranya peratusan keluar mengundi pada hari mengundi kelak lebih tinggi berbanding PRU-13 yang lalu.

“Bagi BN Labuan semestinya kemenangan dengan majoriti yang lebih besar amat diharapkan dan saya berharap agar warga Labuan membuat pilihan yang terbaik dengan mengambil kira prestasi kerajaan BN yang banyak membawa pelbagai projek pembanguna­n sama ada ia sudah terlaksana mahupun yang telah diluluskan khusus untuk kesejahter­aan warga Labuan,” tambahnya.

Beliau menyeru agar penduduk Labuan turun beramai-ramai menunaikan tanggungja­wab untuk membuang undi agar peratusan mengundi kali ini meningkat berbanding PRU lepas.

Pada lawatan itu juga, Rozman turut merasmikan Pusat Media PRU-14 Jabatan Penerangan Labuan yang telah mula dibuka untuk para pengamal media Labuan sejak hari penamaan calon lepas-.Penerangan Labuan

 ??  ?? ZAKARIA (tiga, kiri) dan para tetamu lain pada program Mesra Ria Perpaduan KRT Zon Libaran.
ZAKARIA (tiga, kiri) dan para tetamu lain pada program Mesra Ria Perpaduan KRT Zon Libaran.
 ??  ?? ROZMAN (duduk) mendengar taklimat bilik gerakan Jabatan Penerangan Labuan dari Azman (kanan) sambil diperhatik­an Rahimah (kiri).
ROZMAN (duduk) mendengar taklimat bilik gerakan Jabatan Penerangan Labuan dari Azman (kanan) sambil diperhatik­an Rahimah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia