Utusan Borneo (Sabah)

Beri mandat kepada BN

Saranan Yahya kepada rakyat Kimanis dalam PRU14

-

BONGAWAN: Rakyat di kawasan Kimanis perlu terus memberi mandat kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Parlimen Kimanis bagi memastikan kesinambun­gan pembanguna­n yang berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, Parlimen Kimanis mengalami perubahan pembanguna­n dan

Timbalan Ketua Menteri

kemajuan yang ketara berkat usaha daripada Wakil-Wakil Rakyat BN.

“Pembanguna­n dan perubahan yang ketara ini adalah hasil daripada perancanga­n dan usaha gigih yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat dan kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengagihan Ternakan dan Sijil Malaysia Good Agricultur­al Practices (MyGAP) untuk sektor ter- nakan kepada penternak dari beberapa daerah di pejabat Jabatan Perkhidmat­an Vetenari dekat sini pada Jumaat.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, rakyat Kimanis amat beruntung kerana calon BN Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman yang juga merupakan Menteri Luar Negeri.

“Anifah merupakan Menteri Luar yang paling cemerlang kerana hubungan baiknya dengan pembesar-pembesar luar negara termasuk dengan negara-negara kuasa besar dunia.

“Justeru rakyat di Kimanis tiada sebab untuk tidak memberikan sokongan dan mandat kepada calon-calon BN yang bertanding di Parlimen Kimanis termasuk Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd.Arif bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut dan Datuk Mohamad Alamin bagi DUN Bongawan,” tegasnya.

Yahya berkata, rakyat negeri ini beruntung kerana kerajaan BN sentiasa berusaha membantu rakyatnya termasuk masyarakat penternak.

“Kerajaan BN memberi bantuan bibit ternakan seperti kambing dan lembu secara percuma kepada para penternak bagi meningkat pendapatan mereka, selain membantu meningkat pengeluara­n daging ruminan negeri,” tambahnya.

Seramai 33 penternak daripada beberapa daerah menerima

“Pembanguna­n dan perubahan yang ketara ini adalah hasil daripada perancanga­n dan usaha gigih yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat dan kerajaan BN. DATUK SERI PANGLIMA HAJI YAHYA HUSSIN

agihan ternakan melibatkan 12 menerima ternakan kambing, 13 menerima kambing tenusu dan 8 orang menerima lembu tenus.

Sementara itu seramai 81 orang pemilik rumah sarang burung walit dari Beaufort, Membakut, Menumbuk, Sipitang, Papar dan Beaufort menerima Sijil MyGAP.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Veterinary Sabah Dr Nasib Elai.

Setakat ini Jabatan Veterinary telah mendaftar sebanyak 1,281 rumah burung walit dan 350 daripadany­a sudah dapat persijilan MyGAP dan boleh mengekspor­t keluar negara terutama negara China.

 ??  ?? YAHYA menyampaik­an sijil MyGAP kepada pengusaha burung walit.
YAHYA menyampaik­an sijil MyGAP kepada pengusaha burung walit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia