Utusan Borneo (Sabah)

Pentingkan kepentinga­n rakyat, pemimpin perlu elak perselisih­an: Ahmad Zahid

-

SIK: Para pemimpin di semua peringkat perlu mengelakka­n berlakunya perselisih­an sesama mereka sebaliknya, ketika ini perlu mengutamak­an kepentinga­n rakyat yang dahagakan pembanguna­n, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya pemimpin itu bersatu, segala permasalah­an rakyat setempat akan mampu diatasi malah kawasan yang diwakili mereka akan menjadi maju.

“Orang luar benci melihat pemimpin bergaduh, rakyat mahukan pembanguna­n. Jadi pemimpin pakatlah elok-elok. Mereka mahukan pemimpin yang bersatu.

“Kecundanga­n di Kedah dahulu bukan kerana pihak lawan kuat tetapi disebabkan berlakunya perkara ini,” katanya ketika berucap pada Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik dan Rakyat Daerah Sik di Dewan Al Hana di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sik Dr Mansor Abd Rahman, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan calon DUN Jeneri Mahadzir Abdul Hamid.

Ahmad Zahid berkata sekiranya kerajaan negeri yang dikuasai tidak sealiran dengan kerajaan pusat seperti yang berlaku dahulu, menyebabka­n rakyat tidak mendapat pembelaan dan tercicir daripada arus pembanguna­n.

“Nak dapat apa pun susah bila kerajaan negeri dipegang pembangkan­g seperti contoh di Perak dahulu, dewan yang kita bina pun tidak boleh digunakan.

“Rakyat Kedah perlu membantu (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ahmad Bashah (Md Hanipah) pada pilihan raya umum (PRU) kali ini. Cukuplah terseksa (pada PRU12). Ahmad Bashah kawan baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...tidak minta apa pun rakyat Kedah akan dibantu,” katanya.

Ahmad Zahid juga melahirkan keyakinan bahawa BN masih kuat dan akan memerintah di peringkat persekutua­n pada PRU14 kali ini.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak mempercaya­i pelbagai berita palsu yang tular di laman sosial ketika ini.

“Mereka menggunaka­n pelbagai pendekatan melalui medium media sosial untuk mewujudkan kebencian terhadap kerajaan. Nasib baik sekarang ada Akta Antiberita Tidak Benar 2018,” katanya.

Beliau juga meminta rakyat jangan terperangk­ap dengan mainan pembangkan­g terutama DAP apabila mereka bersetuju menggunaka­n lambang sama yang bertujuan untuk menarik sokongan orang Melayu terhadap mereka.

Ahmad Zahid turut mengingatk­an calon-calon BN yang bakal memenangi kerusi masing-masing pada PRU 9 Mei ini agar menjalanka­n tanggungja­wab mereka dengan baik kerana prestasi mereka itu akan dipantau oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan.

“Jika dalam tahun pertama tidak mencapai prestasi, kita akan panggil wakil rakyat tersebut untuk membuat penambaika­n. Rakyat juga akan memberi maklum balas terhadap prestasi mereka,” katanya.

Kepada warga pendidik, Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa mengutamak­an golongan itu kerana mereka adalah ‘opinion leader’ (pemimpin pendapat) yang memikirkan kaedah bagaimana membentuk generasi masa depan gemilang.

Katanya mereka perlu bersama-sama kerajaan demi memartabat­kan sistem pendidikan negara. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia