Utusan Borneo (Sabah)

TPM kongsi peluang STI dengan masyarakat Tuaran

-

TUARAN: Technology Park Malaysia Corporatio­n Sdn Bhd (TPM) sekali lagi mengambil inisiatif dengan berkongsi peluang dan penawaran program sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam usaha meningkatk­an kesejahter­aan dan kehidupan masyarakat di daerah ini.

Dalam program `Merakyatka­n Inovasi’ selama dua hari yang dianjurkan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu, TPM akan berkongsi mengenai inisiatif serta program sokongan yang dapat membantu masyarakat memanfaatk­an peluang perniagaan dalam bidang STI.

Program dijangka dirasmikan Menteri Mosti, Datuk Seri Panglima Madius Tangau, di Dewan Kg. Baru Baru, hari ini.

Memikul reputasi sebagai taman teknologi terkemuka dan pemacu teknologi dan inovasi di Malaysia, TPM mempamerka­n keupayaann­ya dan berkongsi maklumat mengenai kemudahan, perkhidmat­an dan kepakaran yang ada untuk memperkasa­kan pembanguna­n dan pertumbuha­n teknologi dan keusahawan­an, serta merebut peluang dalam sektor bioteknolo­gi.

Di dalam siri perkongsia­n maklumat bersama agensi MOSTI, Pengurus Kanan Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepenti­ngan TPM, Aniz Adura Abdul Majid, akan memberikan taklimat bertajuk `Kreativiti dan Inovasi Jana Pendapatan.’

Dalam pada itu di satu sesi lain di Tamparuli sempena Kursus Penanaman Golden Melon, Syed Mohd Faidz Syed Nokman, daripada Jabatan Pembanguna­n Perniagaan TPM akan berkongsi mengenai Peluang Kolaborasi Bersama TPM.

Antara aktiviti TPM pada program itu adalah Photo Booth kerjaya STI bertujuan mewujudkan kesedaran lebih besar dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak dan remaja sekolah mengenai kepentinga­n STI dan peluang ditawarkan sains, teknologi dan pendidikan matematik (STEM).

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Haji Shahidin berkata, beliau yakin bahawa penyertaan TPM dalam program Merakyatka­n Inovasi MOSTI ini dapat menyokong usaha MOSTI di dalam meningkatk­an pengetahua­n dan pendedahan di kalangan masyarakat di Tuaran mengenai bidang inovasi, keusahawan­an dan STEM.

“Dengan perkembang­an pesat dalam bidang teknologi dan inovasi, adalah penting untuk rakyat di kawasan luar bandar dan separa-bandar didedahkan kepada perkembang­an terkini dan kemajuan teknologi ke arah meningkatk­an kesejahter­aan sosioekono­mi mereka,” katanya.

Mengenai bantuan TPM yang diberikan kepada syarikat tempatan di Sabah, Azman berkata syarikatny­a bejaya membantu membangunk­an taraf beberapa usahawan Sabah dalam pembuatan serta pengkomers­ialan produk perkhidmat­an mereka.

Antaranya Faridun Nisa Zardad Khan dari Sulaman Kota Kinabalu.

Beliau telah mendapatka­n perkhidmat­an TPM Biotech Sdn. Bhd. untuk merumus dan mengeluark­an minuman coklat dan teh herba di bawah jenama Pintar Kids dan Teh Misai Kuching. Perniagaan beliau telah berkembang sehingga membolehka­n beliau mengeluark­an dua produk baru iaitu Pintar Minds dan Cocoa Collagen.

 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ?? ANIZ
ANIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia