Utusan Borneo (Sabah)

Harap BN kuasai semula Tamparuli

Pembangkan­g gagal lunaskan janji dalam PRU13

-

TUARAN: Penduduk Tamparuli berharap Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu yang kini disandang oleh wakil rakyat parti pembangkan­g.

Rata-rata penduduk ditemui melahirkan keinginan untuk melihat BN memenangi DUN Tamparuli pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini sekali gus menerajui kawasan tersebut bagi tempoh lima tahun akan datang.

Seorang penduduk Danish Sua, 32, dari Kampung Bontoi berkata wakil rakyat pembangkan­g di kawasan itu gagal melunaskan segala janjinya pada PRU13 sehingga membuatkan penduduk Tamparuli menunggu janji itu ditunaikan sepanjang tempoh lima tahun ini.

“Kami tidak nampak apaapa perubahan. Cakap mahu beri lampu jalan di simpang masuk kampung kami... Kami tunggu tetapi tiada,” katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Pada PRU13, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Wilfred Bumburing menang kerusi DUN Tamparuli atas tiket PKR pada ketika itu dengan memperoleh majoriti 383 undi.

Dalam pada itu, Danish berkata Tamparuli mahukan pemimpin yang benar-benar prihatin dan berjiwa rakyat kerana daerah itu masih memerlukan banyak prasarana termasuk kemudahan jalan raya berturap dan lampu jalan demi keselesaan penduduk.

Beliau berkata gandingan antara calon BN DUN Tamparuli Datuk Jahid Jahim dengan calon BN Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau diyakini mampu membawa perubahan itu seterusnya memacu pembanguna­n Tamparuli.

“Kami tengok Datuk Madius rajin bekerja dan dia boleh bawa suara rakyat... Begitu juga Datuk Jahid pun seorang pemimpin yang bagus dan sentiasa prihatin terhadap orang susah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Tamparuli yang ingin dikenali sebagai Mikael, 33, berkata kerajaan dan pemimpin yang prihatin serta peka untuk membawa pembanguna­n berkesan di Tamparuli adalah penting bagi memastikan daerah yang turut menjadi tumpuan pelancong itu terus diberi perhatian sekali gus memacu sektor pelanconga­nnya ke tahap lebih tinggi.

“Tamparuli terkenal dengan jambatan ikonik iaitu Jambatan Tamparuli yang turut disebut dalam lirik sebuah lagu tempatan.

“Justeru, pemimpin yang seharusnya dipilih mewakili daerah ini mestilah seorang berpandang­an jauh, ada visi dan misi memastikan pelanconga­n Tamparuli ditingkatk­an kerana pastinya ia membantu menjana ekonomi penduduk,” katanya.

Mikael berkata Tamparuli cukup dikenali tidak hanya menerusi Jambatan Tamparuli tetapi juga tamu (pasar) pada Rabu menjadikan ia destinasi mesti dikunjungi bagi mereka yang ingin melihat keunikan serta keramahan masyarakat berbilang kaum di daerah itu.

Bagaimanap­un, Mikael berkata, Tamparuli terutama pekannya yang dilihat pada hari ini seperti tidak mencapai jangkaan pengunjung kerana kawasan sekitar seolaholah terbiar dan tidak ada keceriaan.

“Saya amat berharap wakil rakyat akan datang lebih prihatin melonjakka­n keistimewa­an Tampar uli selain menyediaka­n kemudahan awam seperti lorong pejalan kaki dan taman awam bukan sahaja untuk penduduk tetapi juga pengunjung,” katanya.

Pandangan sama diberikan Vivianna Raymond, 22, dari Kampung Botong yang berkata, Tamparuli sering menjadi tempat persinggah­an sebelum pengunjung meneruskan perjalanan ke destinasi pelanconga­n seterusnya di Sabah.

Dalam pada itu, Vivianna berkata, kerajaan dan pemimpin BN diyakini mempunyai kemampuan menyediaka­n infrastruk­tur rakyat selain sentiasa komited membantu rakyat memerlukan.-Bernama

“Kami tengok Datuk Madius rajin bekerja dan dia boleh bawa suara rakyat... Begitu juga Datuk Jahid pun seorang pemimpin yang bagus dan ” sentiasa prihatin terhadap orang susah

DANISH SUA, 32 Penduduk

 ??  ?? MADIUS
MADIUS
 ??  ?? JAHID
JAHID
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia