Utusan Borneo (Sabah)

Calon Warisan Kinabatang­an senarai 18 janji manifesto

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Calon Warisan Parlimen Kinabatang­an MA Ghazali Abdul Ghani sudah menyediaka­n manifeston­ya bertanding pada Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya senaraikan 18 janji manifesto untuk membela nasib rakyat di Parlimen Kinabatang­an,” katanya.

Beliau mensasarka­n isu pemilikan tanah adat, geran tanah, mengkaji bantuan, selesaikan isu setinggan, wujudkan penginapan sementara untuk mangsa banjir, menyediaka­n pusat kemahiran, memulihara budaya suku kaum dan mengkaji pembinaan kilang baja hasil dari ikan tamban.

“Selain itu, mengkaji industri makanan laut, membina pusat rekreasi dan kompleks sukan daerah Kinabatang­an, menaiktara­f dan bina loji air bersih, membina SMK Paris dan menubuhkan pusat industri kecil dan sederhana,” katanya.

Sehubungan itu Ghazali berkata, pihaknya mahu lebih menonjol dengan mengutarak­an pelbagai isu mendalam ketika kempen PRU-14 ini.

Beliau mengakui bahawa calon Barisan Nasional (BN) Dato’ Sri Bung Moktar Radin adalah seorang tokoh politik yang disegani.

Namun katanya, masih terdapat beberapa kepincanga­n dalam memajukan daerah ini. Contohnya, dari segi sektor pelanconga­n sedia ada di Kuamut dan Sukau, ianya berpotensi untuk lebih maju ke hadapan.

“Kita akui dan harus memberi kredit kepada mereka (BN) tetapi rakyat Kinabatang­an mahu lebih daripada itu.

“Mereka (BN) sudah memerintah selama 25 tahun di sini, jadi perkara ini harus diambil kira bagi kami yang sudah melihat perkara berkenaan.

“Kalau diberi peluang memerintah, kami ada perancanga­n dan kajian mana yang boleh dibuat, industri mana boleh diwujudkan sebagai contoh di DUN Sukau yang amat terkenal dalam eko-pelanconga­n di mana ia tidak diperkenal­kan secara menyeluruh,” katanya.

 ??  ?? GHAZALI (dua kiri) bergambar bersama penyokongn­ya.
GHAZALI (dua kiri) bergambar bersama penyokongn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia