Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool ke final Liga Juara-Juara

Atasi Roma dengan agregat 7-6 walaupun tewas 2-4 di Rom

-

ROM, Itali: Liverpool menangani kebangkita­n bersemanga­t AS Roma untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara dengan kemenangan 7-6 secara agregat selepas perlawanan separuh akhir kedua di sini Rabu lepas.

Liverpool, yang dibimbing Jurgen Klopp, akan menentang juara bertahan, Real Madrid di Kiev pada 26 Mei selepas layak ke final yang kelapan mereka dalam Piala Eropah dan yang pertama sejak 2007.

Liverpool tewas 2-4 Rabu lepas tetapi mereka tidak kelihatan dalam bahaya mengalami nasib yang sama seperti Barcelona di suku akhir.

Gol separuh masa pertama oleh Sadio Mane dan Georginio Wijnaldum meletakkan Liverpool selesa di hadapan ketika Roma bolos gol pertama mereka dalam pertanding­an ini di Stadio Olimpico.

Walaupun Radja Nainggolan menjaringk­an dua gol untuk Roma pada lapan minit terakhir – gol kedua dari tendangan penalti – tiada kebangkita­n luar biasa kedua Roma selepas menewaskan Barcelona 3-0 pada perlawanan suku akhir kedua untuk layak ke separuh akhir dengan agregat 4-4.

Ia satu lagi kekalahan mengecewak­an buat Roma, yang tewas di final Piala Eropah 1984 menerusi penentuan tendangan penalti kepada Liverpool di stadium yang sama.

“Ia adalah kali pertama kami tidak sebagus yang kami mahukan. Kami memerlukan tuah dan ia adalah apa yang kami perolehi,” kata Klopp.

“Agregat 7-6 kelihatan gila kerana ia memang gila. Kami datang sebagai pemain kelayakan dan sekarang kami ke final dan akan ke Kiev.

“Roma pasukan yang kuat, kami mahukan apa yang kami fikirkan kerana mereka akan menyerang dari sepak mula dan kemudian kami mendahului 2-1, saya fikir kami mengawal takdir kami sendiri.

“Tetapi apa pun, kami tidak melakukan serangan balas seperti yang kami mahukan, menggunaka­n ruang yang diberikan dan kami hilang rentak selepas mendahului 1-0.”

Klopp berkata beliau yakin Liverpool boleh mengancam Real Madrid, juara 12 kali kejohanan di final nanti.

“Kami harus bermain lebih baik berbanding malam ini, berita baiknya ialah kami boleh bermain dengan lebih baik lagi,” kata beliau.

Roma mengancam awal dengan cubaan Alessandro Florenzi tersasar pada minit pertama tetapi pasukan tuan rumah menerima padah kerana pertahanan rapuh, membolehka­n Liverpool menambah kelebihan awal apabila Mane membuka jaringan seawal minit kesembilan dari kesilapan Nainggolan, membolehka­n Roberto Firmino merampas bola sebelum mengumpan kepada Mane untuk menewaskan penjaga gol Alisson.

Tetapi enam minit kemudian, Roma mengikat kedudukan dari gol sendiri pertahanan Liverpool, James Milner ketika cuba menghalang tandukan Stephan El Shaarawy.

Namun tempat Liverpool ke final sudah kelihatan terjamin apabila Wijnaldum menjadikan kedudukan 2-1 dari satu tendangan sudut.

El Shaarawy tidak bernasib baik untuk mengikat kedudukan apabila rembatanny­a terkena palang pada minit ke-35.

Dzeko mengikat kedudukan tujuh minit selepas rehat untuk gol kelapan dari 12 perlawanan di Eropah sebelum Nainggolan menebus kesilapann­ya dengan menjaringk­an dua gol.

Ia penamat mengecewak­an buat Roma, yang dibimbing Eusebio di Francesco kerana usaha memburu gol kelima tidak kesampaian.

“Kami sudah berkembang dari pengalaman ini tetapi saya berasa kesal kerana pasukan ini seharusnya lebih percaya dengan peluang mereka seperti yang saya lakukan dan kami boleh menjaringk­an lebih banyak gol,” kata Di Francesco.

Perlawanan dicemari dengan ketegangan di luar padang selepas penyokong Liverpool, Sean Cox, berada dalam koma selepas diserang oleh sekumpulan penyokong Roma sebelum perlawanan pertama di Anfield minggu lepas.

“Final ini untuk Sean Cox,” kata Klopp.

“Kami berkata sebelum perlawanan di mana kami memikirkan tentang beliau, kami sudah di final dan doa serta harapan kami bersama beliau.” –

AFP

 ?? - Gambar REUTERS ?? PEMAIN pertahanan Liverpool Virgil van Dijk, meraikan kejayaan ke final Liga Juara-Juara bersama rakan sepasukan selepas menang ke atas lawannya AS Roma menerusi agregat 7-6 walaupun tewas 2-4 di Rom.
- Gambar REUTERS PEMAIN pertahanan Liverpool Virgil van Dijk, meraikan kejayaan ke final Liga Juara-Juara bersama rakan sepasukan selepas menang ke atas lawannya AS Roma menerusi agregat 7-6 walaupun tewas 2-4 di Rom.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia