Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool ‘membara’ ke final Liga Juara-Juara: Klopp

-

ROM, Itali: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (gambar) berkata pasukannya akan “membara” untuk final Liga Juara-Juara di Kiev ketika mereka cuba menghalang Real Madrid memenangi kejohanan ini sebanyak tiga kali berturuttu­rut.

Liverpool akan beraksi di final kelapan mereka di Eropah pada 26 Mei ini selepas menewaskan AS Roma 7-6 secara agregat walaupun tewas 2-4 pada perlawanan separuh akhir kedua di sini Rabu lepas. Ia memberikan Liverpool satu peluang untuk menamatkan kemarau enam tahun tanpa kejuaraan dan juga menjulang trofi pertama di bawah bimbingan Klopp, selepas tewas di final Piala Liga dan Liga Europa pada 2016.

“Kami ke final Piala Liga tetapi gagal memenangin­ya,” kata Klopp.

“Orang tidak memberitah­u saya sejak itu: ‘Terima kasih kerana membawa kami ke final.’ Kami juga ke final Liga Europa. Tiada siapa mengucapka­n terima kasih.

“Saya tidak melihat trofi selepas perlawanan. Ia tidak berada dalam almari trofi di Melwood (pusat latihan kelab). Ia mengecewak­an tetapi ia lumrah. Masih ada tugas yang perlu dilakukan.”

Madrid, yang menewaskan Bayern Munich pada satu lagi perlawanan separuh akhir, beraksi di final yang keempat mereka dari lima tahun terakhir.

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu sudah mengekalka­n pemain utama termasuk Cristiano Ronaldo, Sergio Ramos, Luka Modric dan Karim Benzema, yang turut terlibat ketika menjulang tiga kejuaraan Eropah terakhir – 2014, 2016 dan 2017.

“Anda tidak dapat lebih berpengala­man berbanding Real Madrid dalam pertanding­an ini,” kata Klopp.

“Saya fikir 80 peratus pemain dalam pasukan mereka beraksi di final (Eropah) ini. Mereka ke final sebanyak empat kali dari lima tahun terakhir dan masih bersama. Mereka berpengala­man, kami tidak tetapi kami tetap akan membara.” – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia