Utusan Borneo (Sabah)

8 pemain perseorang­an Sabah ke separuh akhir

-

KOTA KINABALU: Lapan pemain perseorang­an Sabah yang terdiri daripada empat pemain lelaki dan empat wanita mara ke separuh akhir Pusingan Kedua Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Zon Adi Kompleks Sukan di sini.

Pemain itu terdiri daripada Mohd Hamizan Mozes dalam kategori lelaki bawah 16 tahun (LB16), Arena Samin dalam kategori perempuan bawah 16 tahun (PB16), Daniel Elvestly dan Andrew Aguwell (LB14), Goh Shen Tong dan Cassey Ryan Rompog (PB14), Mohd Arif Jun Ket (LB12) dan Kon Han (PB12).

Pusingan suku akhir pada Jumaat menyaksika­n Hamizan menewaskan pemain Pulau Pinang, Goh Boon Zhe 1921, 21-8, 21-14) manakala Arena yang juga pemain pilihan pertama mengalahka­n pemain Perak, Nurul Aisyah Nazri 21-3, 21-14.

Pemain pilihan utama, Daniel tidak menghadapi masalah mengalahka­n pemain Perlis, Chow Wern Soon 218, 21-14 manakala Andrew melakukan kejutan apabila menang 21-18, 12-21, 21-9 ke atas rakan sepasukan, Hanz Haiqal Azahawari yang juga pemain pilihan kedua.

Goh yang juga pilihan utama mengalahka­n Dayang Nurnirwane­e Irwan 21-10, 21-5 manakala Cassey Ryan Rompog mengalahka­n Clay Shervina Joinis 17-21, 21-13, 21-8 dalam pertembung­an membabitka­n semua pemain Sabah.

Pemain pilihan utama lelaki 12 tahun, Mohd Arif mengalahka­n rakan sepasukan Hashim Hafiz Hakimi 21-7, 21-9 manakala Arena yang juga pemain pilihan utama mengalahka­n pemain Perak, Nurul Aisyah Nazri 21-3, 21-14.

Penentuan ke separuh akhir acara beregu berlangsun­g lewat Jumaat.

Semua 24 perlawanan separuh akhir berlangsun­g hari ini bermula jam 9.00 pagi manakala 12 perlawanan akhir berlangsun­g esok juga bermula jam 9.00 pagi disusuli dengan majlis penyampaia­n hadiah.

Kejohanan peringkat Zon itu melibatkan lima pasukan negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Sabah dengan jumlah penyertaan keseluruha­n 182.

Sabah selaku tuan rumah mendahului senarai penyertaan dengan 92 pemain diikuti Pulau Pinang (34), Perak (22), Pahang (20) dan Perlis (14).

Kejohanan itu adalah medan bagi mendapat tempat ke Pusingan Akhir Grand Prix Kebangsaan di Negeri Sembilan pada 4-8 Julai.

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia