Utusan Borneo (Sabah)

Hanya 6 ambil bahagian

Kejohanan Tenis Antara Gabungan STA

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Hanya enam daripada lapan anggota gabungan Persatuan Tenis Sabah (STA) mengambil bahagian pada Kejohanan Tenis Antara Gabungan STA Ke-32 di Sandakan bermula pada Jumaat.

Enam anggota gabungan yang mengambil bahagian itu terdiri daripada Kota Kinabalu, Lahad Datu, Semporna, Kudat, Kota Belud dan Sandakan selaku tuan rumah.

Presiden STA, Johnson Koh berkata, Keningau dan Tawau tidak mengambil bahagian dengan alasan pemain-pemainya terlibat dengan PRU14.

Johnson berkata, kegagalan Keningau dan Tawau mengambil bahagian mengecewak­an terutama kejohanan itu hanya dianjurkan setahun sekali dan antara tujuan utama penganjura­nnya adalah mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan warga tenis negeri ini.

“Kejohanan ini mempertand­ingkan tiga kategori iaitu lelaki bagi merebut Trofi Menteri Belia Dan Sukan, lelaki veteran (Trofi Presiden STA) dan wanita veteran (Trofi Menteri Kebudayaan, Pelanconga­n Dan Alam Sekitar).

“Pasukan boleh diwakili 12 pemain kategori lelaki dan masing-masing tujuh pemain kategori lelaki dan wanita veteran. Jadi kami amat kecewa bila Keningau dan Tawau gagal menghantar penyertaan untuk sekurangku­rang dalam satu kategori,” kata Johnson dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat.

Satu lagi kategori untuk pemain junior bagi merebut Trofi Ajit Mannan telah dipertandi­ngkan bulan lalu dan dijuarai pasukan Kota Kinabalu.

Juara keseluruha­n kejohanan

“Kegagalan Keningau dan Tawau mengambil bahagian mengecewak­an terutama kejohanan itu hanya dianjurkan setahun sekali dan antara tujuan utama penganjura­nnya adalah mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan warga tenis ” negeri ini.

JOHNSON KOH Presiden STA

itu akan merangkul Trofi ketua Menteri.

Sambil itu, mesyuarat pengurus-pengurus pasukan mencadangk­an agar format kategori wanita yang kini hanya melibatkan satu acara perseorang­an dan dua acara beregu untuk peringkat usia 45 tahun diubah.

Mesyuarat itu mencadangk­an agar ada tiga acara beregu melibatkan peringkat umur 45, 55 dan 60 tahun bagi membolehka­n lebih ramai penyertaan dan ianya telah diluluskan semasa Mesyuarat Agung Tahunan STA pada Khamis.

Sementara itu, kategori junior yang telah diasingkan masa penganjura­nnya kepada musim cuti persekolah­an bermula tahun ini telah terlaksana dengan jayanya terutama dari segi penyertaan.

Bagaimanap­un, terdapat beberapa cadangan mengenai peringkat umur bagi acara lelaki kategori junior dan keputusan menerusi undian 42 telah dicapai agar penyertaan bagi acara itu turut melibatkan pemain berusia 18 tahun ke atas.

“Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di Kelab Tenis Sandakan dan dihadiri enam anggota gabungan yang menyertai kejohanan. Ianya berakhir dalam suasana baik. Laporan kewangan 2017 juga mendapat sokongan penuh.

“Tumpuan sekarang adalah pada kejohanan yang akan berlangsun­g di gelanggang Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) dan Sandakan Golf & Country Club (SGCC). Majlis penutupoan dan penyampaia­n hadiah akan diadakan pada tengah hari Ahad (esok) selepas pertanding­an selesai,” kata Johnson.

 ?? JOHNSON (kanan) dan wakil anggota gabungan STA bergambar bersama trofi-trofi untuk Kejohanan Tenis Antara Gabungan STA yang berlangsun­g di Sandakan bermula pada Jumaat. ??
JOHNSON (kanan) dan wakil anggota gabungan STA bergambar bersama trofi-trofi untuk Kejohanan Tenis Antara Gabungan STA yang berlangsun­g di Sandakan bermula pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia