Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan BWF gantung Zulfadli, Chun Seang wajar

-

REMBAU:Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar) menyifatka­n tindakan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) menggantun­g dua pemain profesiona­l negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang daripada menyertai sebarang pertanding­an badminton adalah wajar.

Beliau berkata hukuman yang berat haruslah diberikan bagi kesalahan mengatur perlawanan.

“Dalam isu rasuah sukan, isu mengatur perlawanan dan sebagainya, saya rasa keputusan itu keputusan yang wajar… tetapi masih ada ruang untuk membuat rayuan.

“Itu terpulang kepada mereka untuk merayu atau tidak tetapi pendirian kita di Kementeria­n Belia dan Sukan, kita tidak berkomprom­i apabila timbul isu mengatur perlawanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program tinjauan mesra di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar (SKTTJ) di sini, pada Khamis.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas keputusan BWF yang menggantun­g Zulfadli dan Chun Seang, masing-masing 20 dan 15 tahun, kerana melanggar Kod Tatatertib BWF melibatkan aktiviti pertaruhan serta mengatur dan menentukan keputusan perlawanan.

Penggantun­gan mereka berkuat kuasa 12 Jan tahun ini – tarikh kedua-dua pemain itu digantung secara bersyarat oleh BWF.

Selain dikenakan hukuman gantung, Chun Seang juga dikenakan denda AS$15,000 (RM59,000), manakala Zulfadli didenda AS$25,000 (RM98,000) oleh Panel Etika Pendengara­n BWF.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia