Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran separuh akhir bagi Piala Thomas, suku akhir untuk Piala Uber

- - Bernama

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran separuh akhir kepada skuad Piala Thomas dan suku akhir untuk skuad Piala Uber di Bangkok dari 20 hingga 27 Mei ini.

Presidenny­a, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) percaya pemilihan gandingan bakat baharu berbanding pemain berpengala­man merupakan barisan terbaik untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan berprestij itu.

Bagi Piala Thomas, BAM telah menyenarai­kan Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain dan bekas naib juara remaja dunia 2017, Leong Jun Hao untuk acara perseorang­an manakala gandingan beregu terdiri daripada Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan Teo Ee YiArif Abdul Latif.

Skuad Piala Uber dibarisi bekas juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei, Sonia Cheah, Lee Ying Ying dan S. Kisona dalam acara perseorang­an manakala gandingan beregu terdiri daripada Vivian HooChow Mei Kuan, Lee Meng Yean-Goh Yeah Ching dan Soong Fie Cho- Tee Jing Yi .

Mohamad Norza mengumumka­n barisan pemain Piala Thomas dan Uber selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C& T) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini.

Mengenai pemilihan pemain tidak berpengala­man dalam acara beregu lelaki, katanya, semua pemain dipilih berdasarka­n prestasi terkini mereka serta syor oleh ketua jurulatih beregu negara, Cheah Soon Kit.

“Inilah masa untuk membawa perubahan dalam acara beregu lelaki serta pelaburan untuk masa depan kerana sebelum ini kita sentiasa bergantung kepada pemain senior.

“Kami mahu pemain yang dahagakan kejayaan dan yakin untuk berjuang menentang sesiapa sahaja lawan mereka. Saya fikir kita perlu membuat keputusan berani demi melangkah ke hadapan,” katanya.

Katanya, skuad Piala Thomas dan Uber akan mengikuti kem persediaan di ABM dari 10 hingga 15 Mei ini.

Sementara itu, Mohamad Norza mengesahka­n pemain profesiona­l Liew Daren akan beraksi pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China, dari 20-27 Ogos ini, kerana layak secara merit, berbanding pemain BAM yang belum layak.

”Memang dia berhak. Kami juga telah beritahu (ketua jurulatih perseorang­an lelaki) Datuk Misbun Sidek bahawa kami tidak berpuas hati dengan prestasi pemainpema­in BAM yang masih tidak dapat layak.

“Kalau ikut perancanga­n dan pendedahan, semuanya baik, tetapi prestasi mereka tidak cukup baik. Daren yang bermain dalam jumlah kejohanan yang kurang daripada mereka, menduduki ranking lebih baik tetapi mereka tidak boleh,” katanya.

Daren mengejutka­n BAM apabila layak bersama pemain nombor tujuh dunia, Chong Wei berbanding pemain BAM, Iskandar, Zii Jia, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei dalam acara perseorang­an.

Pemain lain yang layak ke Kejohanan Dunia ialah beregu lelaki negara, V Shem-Wee Kiong dan Ee YiOng Yew Sim, perseorang­an wanita, Sonia, Jin Wei beregu wanita Vivian-Woon Khe Wei, Mei Kuan-Meng Yean serta beregu campuran – Goh Soon Huat-Shevon Lai Jenie, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chang Peng Soon-Cheah Yee See.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia