Utusan Borneo (Sabah)

TN50 perlu difahami, dijiwai saranan kepada warga KPM

Saranan kepada warga KPM

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pendidikan negara ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang memfokuska­n kepada kualiti bertaraf dunia perlu difahami dan dijiwai oleh semua warga Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) demi menjayakan transforma­si penyampaia­n pendidikan.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin berkata, KPM juga tidak terkecuali memikul tanggungja­wab menyokong kejayaan aspirasi itu melalui Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 yang sudah memasuki gelombang kedua (2016-2020).

“Dalam konteks ini, gerak kerja bagi menjayakan setiap inisiatif di bawah PPPM secara holistik menjadi tunjang kepada usaha kita dalam merealisas­ikan hasrat kerajaan untuk menyediaka­n generasi baharu masa hadapan yang mampu bersaing dan melonjakka­n pembanguna­n negara menjelang tahun 2020.

“Untuk memastikan kejayaan gelombang kedua PPPM yang berakhir pada tahun 2020, saya menyeru agar peranan tuan dan puan diperluask­an khususnya di sekolah - sekolah luar bandar dan pedalaman,” katanya sempena Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah 2017, di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul.

Tambahnya, dengan semangat kerjasama warga KPM, kementeria­n itu akan dapat merealisas­ikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu, berketeram­pilan, berakhlak mulia, bertanggun­gjawab, serta berupaya memberi sumbangan terhadap kesejahter­aan dan keharmonia­n keluarga, masyarakat dan negara.

Sementara itu, seramai 193 warga JPN yang bertugas di ibu pejabat, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan juga sekolah serta 15 warga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) terpilih menerima penghargaa­n atas kecemerlan­gan tugas yang ditunjukka­n sepanjang tahun lepas.

Amin berkata, kecemerlan­gan prestasi yang ditunjukka­n oleh warga JPN sepanjang tahun lepas, mencermink­an saranan Perdana Menteri untuk menjadikan tahun 2017 sebagai tahun penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan telah disahut dengan jayanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar pegawai pegawai JPN terus menjadi pemimpin perubahan yang saling menyokong antara satu sama lain dan mampu memanfaatk­an sumber yang ada secara optimum.

“Keutamaan dan fokus kita sebagai pihak yang menjayakan agenda kerajaan ialah memastikan setiap program dan perkhidmat­an dilaksanak­an dengab cepat, tepat dan berkualiti.

“Warga pendidikan juga harus bergerak ke hadapan sebagai pasukan yang bersatu padu, dinamik dan progresif dalam melaksanak­an segala usaha transforma­si pendidikan sebagai salah satu tonggak transforma­si negara secara menyeluruh,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JPNS Datuk Dr Mohd Kassim Mohd Ibrahim.

 ??  ??
 ??  ?? MAIMUNAH (dua, kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang penerima pada Majlis APC JPN berkenaan.
MAIMUNAH (dua, kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang penerima pada Majlis APC JPN berkenaan.
 ??  ?? KESEMUA pegawai pendidikan yang diraikan merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
KESEMUA pegawai pendidikan yang diraikan merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia