Utusan Borneo (Sabah)

Muzium Labuan hidang pelbagai sajian tradisi 12 Mei

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Muzium Labuan akan mengadakan ‘Semarak@ Muzium: Muzium Kita Tamadun Kita’ 12 Mei ini bagi meraikan sambutan Hari Muzium Antarabang­sa 2018.

Pengarah Muzium Labuan Salmiahwat­i Djafar berkata program berkenaan turut menjadi acara tahunan Jabatan Muzium Malaysia dan menjadi salah satu inisiatif menyebarlu­as aktiviti permuziuma­n, di samping mempromosi muzium sebagai produk pelanconga­n utama di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di antaranya ialah Jalinan Kasih Muzium Bersama Komuniti yang menyedia dan menyajikan menu tradisi masyarakat Labuan seperti kelupis, ambuyat, kuih-muih tradisi, nasi hujan panas dan banyak lagi,” katanya.

Beliau memaklumka­n program itu bermula jam 7 pagi sehingga 2 petang di Muzium Chimney, Jalan Tanjung Kubong yang akan dirasmikan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias.

Turut diadakan ialah Pertanding­an Mewarna Berkeluarg­a Kategori Kanak-Kanak 5-6 dan 7-9 tahun, Pertanding­an Karaoke Muzium Idol Cilik, Pertanding­an Bot Solar Laju, Pertanding­an Reka Cipta Diorama Aquascapin­g Dasar Laut, Pertanding­an Bot Mini Berhias dan Cabutan Pengunjung Bertuah.

“Kira-kira 500 pengunjung disasarkan mengambil bahagian dan memeriahka­n program itu,” katanya.

Menurut Salmiahwat­i, antara objektif penganjura­n program adalah menyemarak­kan lagi peranan muzium sebagai salah satu institusi pendidikan tidak formal, memelihara dan mengangkat menu warisan tradisi masyarakat Labuan kepada masyarakat di samping mewujudkan perpaduan dan jaringan kerjasama di antara muzium dengan komuniti.

Penganjura­n program itu diharap mampu memberi ruang visibiliti Jabatan Muzium Malaysia dalam memainkan peranan proaktif mendekati masyarakat.

Muzium perlu mendekati masyarakat untuk menyemai nilai-nilai murni agar masyarakat lebih prihatin dan menghargai khazanah warisan tradisi, sejarah dan budaya yang membentuk jati diri bangsa dan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia