Utusan Borneo (Sabah)

Jasa dan pengorbana­n guru disanjung tinggi

-

LABUAN: Majlis sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan Tahun 2018 yang bertemakan ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’, telah berlangsun­g dengan penuh ceria dan harmoni di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Sambutan Hari Guru itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias.

Beliau menzahirka­n rasa terima kasih serta setinggiti­nggi penghargaa­n terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi serta prestasi tinggi yang ditunjukka­n oleh para guru bagi melahirkan modal insan dalam merealisas­i transforma­si negara dapat dicapai.

Katanya, sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungja­wab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaik­an ilmu malah dipertangg­ungjawabka­n untuk merealisas­ikan transforma­si pendidikan yang dicita-citakan negara iaitu sebagai agen menyempurn­akan akhlak.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin menyeru guruguru di sini memastikan roh guru sentiasa mendarah daging dalam setiap diri guru, seterusnya mengangkat harga dan maruah diri pelajar di pulau ini.

“Justeru, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanak­an tugas dari cara biasa kepada luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta ‘world class thinking’,” katanya.

Pada majlis itu, Hajah Zaleha Haji Kurus telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat WP Labuan Tahun 2018 atas sumbangan bakti penuh dedikasi yang telah dicurahkan kepada dunia pendidikan.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdil Hamid, Pengarah Kolej Matrikulas­i Labuan Haji Mohd Yusof Samad, Pengetua SMK Labuan merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Ismail Abdullah, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Labuan Jaafar Matusin dan Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Labuan Datin Hajah Dayang Pungut Abdul Jalil.

 ??  ?? BASHIR (lima kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Guru kepada Zaleha sambil diperhatik­an Raisin (empat kiri) dan tetamu yang lain.
BASHIR (lima kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Guru kepada Zaleha sambil diperhatik­an Raisin (empat kiri) dan tetamu yang lain.
 ??  ?? NOR ZAMANI menyampaik­an Anugerah Anak Guru Cemerlang sambil diperhatik­an Raisin.
NOR ZAMANI menyampaik­an Anugerah Anak Guru Cemerlang sambil diperhatik­an Raisin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia